Golongan Muda Bersama BN, Tolak Dakwaan Sentimen Tidak Benar – Puteri Kalabakan

KALABAKAN, 19 Sept – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kalakabakan, Erlynah Aliamat menolak sekeras-kerasnya dakwaan bahawa kononnya golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN).

Katanya, dakwaan tersebut adalah sentimen tidak benar yang sengaja diwujudkan.

“Saya menolak sekeras-kerasnya dakwaan kononnya anak muda tidak menyokong BN dan ia hanya sentimen kerana di Bahagian Kalabakan, golongan muda khususnya Puteri UMNO adalah jentera yang sangat komited untuk parti.

“Anak-anak muda menyokong BN dan sebelum ini mungkin kerana janji-janji kosong dari Warisan mereka keliru tapi kini mereka sedar bahawa apa yang diperkatakan Warisan hanyalah janji semata-mata, malah mereka amat sedih apabila bantuan COVID-19 pun tidak dapat… yang dapat hanya golongan tertentu, bersifat pilih kasih dan hanya untuk ahli-ahli atau penyokong Warisan saja,” katanya kepada UMNO Online.

Jelasnya, untuk Puteri UMNO Kalabakan, anggota terbabit adalah jentera yang akan berusaha untuk kemenangan calon BN iaitu di duan DUN melibatkan DUN Kukusan dan DUN Tanjung Batu.

“Kita telah siap siaga lebih awal untuk PRN dan PRU sendiri. Sokongan dari anak-anak muda untuk menjadi jentera juga sangat menggalakkan. Saya amat gembira kerana mereka telah menyatakan untuk menyokong BN kerana sebelum ini ada antara mereka telah termakan dengan jani-janji daripada Warisan tapi insya-Allah mereka mahu ‘Ubah Balik’.

Sehubungan itu, untuk baki kempen yang memasuki fasa kedua, beliau menyeru kepada jentera-jentera parti khususnya Puteri UMNO Kalakaban agar bekerja keras.

“Kita perlu bekerja keras untuk memenangkan calon di DUN Kukusan, Chaya Sulaiman dan di DUN Tanjung Batu, Andi Muhammad Surady Bandi. Kita ubah balik,” tegasnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.