Fajar 2021 Bakal Menyingsing… Sesuatu Mesti Segera Dilakukan

Nikkei Asia dalam laporan teknologi terkini pada 4 Dec 2020 melaporkan bahawa Indonesia terus menarik syarikat teknologi gergasi Amerika melabur dalam pelbagai perniagaan internetnya. Facebook, Google and Microsoft telah melabur dalam angka beberapa biilion pada tahun 2020 walaupun Indonesia berhadapan dengan pandemik Corona yang meruncing. Begitu juga Temasik, Alibaba dan Softbank Japan. Gojek, Tokopedia dan Bukalapak antara yang menerima pelaburan […]

» Read more

Politik Perak, Apa Juga Keputusan UMNO Negeri Ambil Kira Kepentingan Rakyat – Saarani

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad memaklumkan bahawa apa jua keputusan parti berhubung penubuhan kerajaan negeri perlu mengambil kira kepentingan rakyat. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Tampan berkata demikian hasil daripada mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak yang berlangsung malam tadi bagi membincangkan perkembangan senario politik Perak. “Mesyuarat […]

» Read more

i-Sinar KWSP: Apa Beza Kriteria Dengan Syarat? Cukuplah Berdolak Dalih – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berpendirian tidak perlulah ada sebarang penetapan kriteria untuk pengeluran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui skim i-Sinar kepada pencarum. Tegas ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pemuda UMNO telah menerima bukan ratusan tetapi ribuan maklum balas rakyat yang benar-benar susah dan tertekan berikutan keadaan luar biasa pandemik COVID-19. “Diharapkan pihak KWSP […]

» Read more

UMNO Bera Konsisten Dengan Pendirian Parti ‘No Dap, No PKR’

BERA, 6 Dis – UMNO Bera kekal dengan pendirian sebelum ini sepertimana yang diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO berhubung kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 15 akan datang. Naib Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata apa yang diambil oleh UMNO bahagian berkenaan adalah menolak kerjasama dengan Dap serta PKR dan […]

» Read more

UMNO Seboleh Mungkin Mahu Kekalkan Kerajaan Perak, Akan Persembah Nama Calon MB – Zahid

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah mengambil pendekatan bahawa seboleh mungkin kerajaan yang ada di bawah pimpinan menteri besar yang lalu dapat dikekalkan. Namun begitu katanya, satu pendekatan akan diambil oleh UMNO dan BN bagi menentukan pembentukan kerajaan baharu tetapi ianya akan mengambil kira semua pertimbangan […]

» Read more

Ahmad Zahid Menghadap Sultan Nazrin

IPOH, 6 Dis – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Kinta di sini pagi ini, dipercayai untuk menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi menyembah maklum pendirian parti berhubung kemelut terkini politik negeri itu. Kenderaan membawa beliau dilihat memasuki pintu masuk Istana Kinta pada 9.47 pagi tadi. Malam tadi, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen […]

» Read more

UMNO Tidak Pernah Bersekongkol Dengan Dap… Pertahan Agama, Bangsa, Tanah Air

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Parti mana yang bersekongkol dengan Dap? Persoalan tersebut ditimbulkan oleh Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Mohd Azri Wan Deris yang menegaskan bahawa UMNO konsisten ‘no Dap no Anwar’. Ujarnya, sejak dulu, kini dan selamanya inilah yang UMNO pegang malah Pilihan Raya Umum ke-14 UMNO tewas pada Pakatan Harapan (PH) tidak sesekali pun melutut minta nyawa […]

» Read more

PKPB Di Beberapa Negeri Ditamatkan Untuk Elak Impak Ekonomi – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Susulan pengurangan kes jangkitan COVID-19 di beberapa negeri, kerajaan hari ini membuat keputusan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa buah negeri. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu dilakukan setelah mempertimbangkan impak semasa dan jangkaan kesan terhadap pemulihan ekonomi yang terpaksa dihadapi sekiranya PKPB terus dilaksanakan. “Dijangkakan […]

» Read more

UMNO Sabah Tidak Akan Khianati Rakan GRS – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis – UMNO Sabah tidak akan mengkhianati jalinan kerjasamanya dengan parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan berharap agar pendirian sama dipegang rakan lain dalam gabungan itu, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin. Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata perkara ini penting kerana kerjasama tersebut telah membolehkan GRS membentuk kerajaan negeri dan […]

» Read more

Kemelut MB Perak Bukan Isu Nasional – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Kemelut politik Perak melibatkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu adalah masalah setempat dan bukannya isu nasional, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa. Malah, beliau menyifatkan keadaan yang menyaksikan Ahmad Faizal hilang sokongan sebagai menteri besar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak itu, langsung tidak dibincangkan secara formal sama ada […]

» Read more
1 1,430 1,431 1,432 1,433 1,434 2,085