HSR: Ketelusan & Akauntabiliti Kerajaan… Jelaskan Percanggahan Kenyataan – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Keputusan Kerajaan membatalkan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur – Singapura (HSR) memerlukan ketelusan dan penjelasan sewajarnya, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Tegasnya, keutamaan waktu ini ialah ketelusan dan akauntabiliti pihak kerajaan. “Oleh kerana projek ini melibatkan dana awam, termasuk pembayaran pampasan kepada Singapura, Kerajaan Malaysia wajar tampil dan menjelaskan segala […]

» Read more

Ke Arah PRU15, UMNO Perlu Kembali Memimpin Kerajaan Dan Politik Negara

KLUANG, 5 Jan – Perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dua tahun lalu menuntut UMNO untuk melakukan transformasi dan pembaharuan. Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday berkata, antara perubahan perlu dilakukan ialah dari segi pendekatan, nilai dan sikap kepimpinan demi memulih serta memperkukuhkan kepercayaan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN). “UMNO bukan parti yang […]

» Read more

HSR: Khaled Persoalkan Kenapa Projek Impak Tinggi Dipolitikkan, Cuba Diubah-ubah… Akhirnya Dibatalkan

JOHOR BAHRU, 5 Jan – Mengapakah projek ‘game changer’ yang sepatutnya memartabatkan ekonomi negara Malaysia dipolitikkan dan cuba diubah-ubah sehingga akhirnya dibatalkan, soal Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Khaled memberi reaksi demikian mengenai keputusan kerajaan Malaysia membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang menghubungkan dua negara jiran itu. “Adakah projek infrastruktur lain yang mendatangkan […]

» Read more

Perkukuh UMNO Demi Rakyat… Pembangunan Tertangguh 22 Bulan Bakal Kembali – Shahrul Zaman

BAGAN DATUK, 4 Jan – Naib Ketua UMNO Bagan Datuk, Datuk Shahrul Zaman Yahya menyetujui saranan diberikan oleh Presiden UMNO, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengharapkan adanya sinar baharu bakal terpancar semula demi rakyat yang dahagakan pembangunan selepas terhenti 22 bulan semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH). Katanya, sebagaimana di Bagan Datuk yang pembangunannya telah dirancang dan dilaksanakan oleh Ahli […]

» Read more

SOP Dipatuhi, 189 Bahagian Selesai Bersidang – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bersyukur kerana mesyuarat perwakilan UMNO bahagian bagi empat peringkat yang melibatkan Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO telah dilaksanakan dengan baik. Ujarnya, sekitar 756 persidangan diadakan sepanjang tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad lalu dan 189 bahagian selesai menyempurnakannya. “Syukur berjalan dengan baik. Tiada laporan ‘Kluster UMNO’ […]

» Read more

UMNO Tidak Pernah, Tidak Perlu Bincang Soal Kerjasama Dengan Dap – Asyraf

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Tidak relevan langsung isu kerjasama Dap untuk dibangkit dan dibincangkan dalam Majlis Kerja Tertinggi mahupun Perhimpunan Agong UMNO, tegas ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Katanya, Pendirian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sejak dari awal lagi konsisten dan tegas bahawa Dap adalah parti chauvinis yang tidak pernah mahu mengiktiraf Islam sebagai Agama Persekutuan, […]

» Read more

Ahli UMNO Matang, Tiada Situasi ‘Panas’ Semasa Mesyuarat Perwakilan – Penganalisis

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Mesyuarat perwakilan UMNO bahagian yang berlangsung secara serentak di seluruh negara menyaksikan sikap matang ahli UMNO, walaupun ketika negara berdepan dengan pandemik COVID-19 dan keadaan politik yang rapuh. Perkara itu diakui oleh penganalisis politik, Md Shukri Shuib yang melihat perwakilan yang menyertai mesyuarat sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP). “Wujud kesepakatan. Mereka ini boleh diurus […]

» Read more

UMNO Perlu Selamanya Dakap Suara Rakyat, Asas Perjuangan Sejak Dahulu – Reezal

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menekankan bahawa UMNO perlu selamanya mendakap suara rakyat kerana itulah asas UMNO sejak dahulu lagi. Katanya, hari ini, UMNO yang merupakan tunjang Barisan Nasional (BN) perlu kekal kukuh dan berpadu serta perlu dilihat relevan setelah melalui detik suram selama 22 bulan pasca PRU-14. “Hakikatnya, […]

» Read more

i-Sinar Atau i-Kecewa? Mana Janji Untuk Permudahkan Urusan Rakyat?

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Pemuda UMNO mendesak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tampil segera bagi memberi penjelasan mengenai isu ramai yang mendakwa bahawa permohonan mereka melalui i-Sinar ditolak, hari ini. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia banyak menerima keluhan rakyat yang hampa kerana permohonan mereka ditolak KWSP. “Mana janji KWSP dan Kerajaan bagi […]

» Read more

‘Setia, Sedia, Sekata’ Pastikan Puteri UMNO Siap Sedia Bertempur Dalam PRU15

TASEK GELUGOR, 4 Jan – ‘Setia, Sedia, Sekata’ (3S) adalah tiga elemen penting yang digariskan oleh Pergerakan Puteri UMNO memastikan seluruh jentera Puteri berada dalam keadaan bersiap sedia bagi bertempur pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Pulau Pinang, Siti Hawa Abu Hassan. Ujarnya, ini adalah bagi membuktikan kesungguhan Puteri untuk melihat UMNO […]

» Read more
1 1,413 1,414 1,415 1,416 1,417 2,085