Mohd Ridhwan Tekad Teruskan Kesinambungan Pembangunan Ayer Molek

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali bertekad untuk meneruskan kesinambungan pembangunan sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini. Sebagai calon muka baharu pada PRN ini, beliau merasakan pencalonan beliau merupakan satu amanah besar daripada parti. “Tentunya saya merasakan sebagai satu […]

» Read more

PRN Melaka: Agihan Kerusi BN Selesai, Penyertaan MCA Akan Diperhalusi – Ab Rauf

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Isu agihan kerusi dalam Barisan Nasional (BN) yang melibatkan ketidakpuasan hati parti komponennya, MCA bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah selesai. Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, rundingan berkaitan perkara itu telah mencapai persetujuan, malah penyertaan MCA sebagai parti yang mewakili masyarakat Cina dalam BN akan diperhalusi dan ditambah baik. […]

» Read more

Moga Perpaduan Ummah, Gelombang Biru Terus Subur Di Melaka

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap semangat perpaduan ummah dan gelombang biru terus subur di bumi Melaka menjelang Pilihan Raya Umum Negeri Melaka Ke-16 demi menjamin kemakmuran serta kestabilan negeri dan rakyat. Beliau berkata, kerjasama politik yang dimeterai antara Barisan Nasional (BN) dengan rakan strategik Pas yang mewakili parti-parti daripada Perikatan Nasional […]

» Read more

Kerajaan Digesa Tarik Balik Pembatalan Projek Luar Bandar

KUALA LUMPUR, 28 Okt – UMNO menggesa Kerajaan khususnya Kementerian Kewangan menarik balik arahan pembatalan projek-projek pembangunan luar bandar yang berkepentingan rakyat, terutama di Sabah dan Sarawak, termasuk pembinaan jalan raya serta penyediaan bekalan air dan elektrik. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu memandang serius keresahan rakyat di kedua-dua negeri berkenaan susulan pendedahan mengenai projek […]

» Read more

UMNO Sahkan Kerjasama Politik Dengan Pas Hadapi PRN Melaka

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini bersetuju sebulat suara untuk mengabsahkan kerjasama dan persefahaman politik dengan rakan strategik Pas. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, persefahaman politik dengan rakan strategik Pas dan rakan-rakan daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Negeri  Melaka ke-16. “Mengarahkan agar seluruh jentera dan penyokong parti […]

» Read more

Pembangunan Luar Bandar Jangan Dibatal, Rakyat Mesti Diutamakan – Mohd Zaidy

JEMPOL, 28 Okt – Keputusan membatalkan sebahagian projek pembangunan luar bandar, termasuk projek bagi tahun 2026 susulan isu penyaluran dana, perlu diberikan perhatian serius agar kepentingan rakyat tidak terjejas, khususnya masyarakat di kawasan luar bandar yang masih memerlukan kemudahan infrastruktur asas yang berkualiti. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, pendedahan Timbalan Perdana Menteri […]

» Read more

BN Sayang Rakyat, Terus Semarakkan Gelombang Biru Di Melaka

MELAKA, 28 Okt – Semangat BN Sayang Rakyat terus menjadi antara mesej utama Barisan Nasional (BN) dengan menyemarkkan ‘Gelombang Biru’ dalam usaha mendekati masyarakat serta memperkukuh persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Exco Pemuda UMNO Malaysia, Muhammed Hafiz Tengku Adnan berkata, kekuatan BN bukan sekadar bergantung kepada jentera pilihan raya, sebaliknya turut ditentukan oleh keupayaan parti membina keyakinan rakyat […]

» Read more

Peluang Kerja Rakyat Tempatan Kekal Jadi Keutamaan

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Kerajaan akan terus mengutamakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, di samping memastikan keperluan sebenar industri diambil kira bagi menjamin keseimbangan dalam pengurusan penggajian pekerja asing. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan komited mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing secara berperingkat, selaras dengan hala tuju Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). “Peluang […]

» Read more

RTB Sungai Air Salak Masuk Fasa Pra-Pelaksanaan – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Air Salak, Melaka Tengah mendapat kelulusan di bawah Rolling Plan Kedua (RP2), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) dan kini berada pada peringkat pra-pelaksanaan. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, (PETRA) Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, peringkat pra-pelaksanaan itu melibatkan kerja-kerja awalan termasuk pelantikan perunding, jurukur serta pengambilan […]

» Read more

Waspada Akaun Palsu Menjelang PRN Melaka – Nooryana Najwa

MELAKA, 28 Okt – Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia, Nooryana Najwa Najib, mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap kewujudan akaun palsu dan penyebaran berita tidak sahih di media sosial menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Beliau berkata, perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan penggunaan akaun tidak autentik boleh mempengaruhi persepsi masyarakat, sekali gus menimbulkan tanggapan bahawa sesuatu pandangan mendapat sokongan […]

» Read more
1 … 12 13 14 15 16 … 2,516