UMNO Sabah Perlu Bersatu, Perkukuh Jentera – Jafry

KINABATANGAN, 26 Julai – UMNO Sabah perlu terus memperkukuhkan perpaduan, memperkasa jentera parti di semua peringkat dan mengembalikan keyakinan rakyat bagi memastikan parti kembali memainkan peranan sebagai penstabil politik negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Ketua Perhubungan UMNO Sabah merangkap Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan, Datuk Jafry Ariffin berkata, perjuangan UMNO tidak boleh lagi tertumpu kepada kepentingan individu atau […]

» Read more

Beza Pandangan Demi Kebaikan Parti, Selesai Persidangan Kembali Bersatu

TANJONG MALIM, 26 Julai – Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Malim, Salina Samsudin menegaskan perbezaan pandangan dan perbahasan yang berlaku sepanjang Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Malim 2026 merupakan suatu proses yang sihat dalam usaha memperkukuhkan parti. Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Perak berkata, setiap pandangan, teguran serta cadangan yang dibangkitkan oleh para perwakilan perlu dilihat sebagai usaha […]

» Read more

Kerajaan Stabil Penting Tarik Pelaburan, Pacu Ekonomi Negeri – Mohamad Hasan

REMBAU, 25 Julai – Rakyat Negeri Sembilan perlu memilih sebuah kerajaan yang kuat dan stabil bagi meningkatkan keyakinan pelabur serta memastikan ekonomi negeri terus berkembang. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kestabilan politik menjadi antara pertimbangan utama pelabur sebelum membuat keputusan untuk melabur di sesebuah negeri atau negara. Menurutnya, pelabur mahu memastikan pelaburan mereka selamat […]

» Read more

Mesyuarat Perwakilan UMNO Medan Perkukuh Ukhuwah, Satukan Tekad Perjuangan

LUMUT, 25 Julai – Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian bukan sekadar memenuhi tuntutan organisasi, sebaliknya menjadi platform penting untuk bermuhasabah, memperkukuh ukhuwah, menyatukan tekad dan memperbaharui iltizam dalam meneruskan perjuangan parti. Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, setiap mesyuarat yang diadakan perlu dimanfaatkan sebagai ruang memperkukuh kesepaduan dalam kalangan […]

» Read more

Sufian Terus Dengar Harapan Rakyat Seri Menanti

KUALA PILAH, 25 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Menanti, Muhammad Sufian Maradzi meneruskan siri kempen beliau dengan ziarah rumah ke rumah menyantuni pengundi. Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah memanfaatkan peluang tersebut bagi mendengar harapan rakyat untuk penambahbaikan di kawasan tersebut. “Alhamdulillah, dipermudahkan urusan kempen. Kita berpeluang […]

» Read more

PRN Negeri Sembilan: Manifesto BN Adalah Tawaran Praktikal – Ahmad Zahid

KUALA PILAH, 25 Julai – Manifesto Barisan nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang dilancarkan semalam adalah tawaran praktikal dan mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, manifesto yang dilancarkan Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan itu adalah kesinambungan pelbagai program pembangunan pernah dirancang, namun tidak […]

» Read more

Mesyuarat Perwakilan: UMNO Permatang Pauh Perkukuh Semangat Perjuangan

PERMATANG PAUH, 25 Julai – Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Permatang Pauh terus menjadi wadah penting dalam memperkukuh semangat perjuangan, mempererat hubungan silaturahim serta memantapkan kesatuan seluruh warga UMNO bagi menghadapi cabaran politik semasa. Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, kekuatan parti bergantung kepada kesepaduan dan iltizam setiap ahli untuk terus mempertahankan perjuangan UMNO demi agama, […]

» Read more

Tawaran BN Realistik, Wujudkan Unit Pemantauan Pelaksanaan Manifesto

REMBAU, 25 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menegaskan bahawa manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dirangka secara realistik, mengikut kemampuan kerajaan dan keperluan rakyat. Beliau yang juga calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang berkata, ia adalah komitmen yang akan menjadi panduan kepada pentadbiran negeri sekiranya […]

» Read more

Pengundi Mahu Wakil Rakyat Turun Padang Bukan Hanya Ketika Pilihan Raya

KUALA PILAH, 25 Julai – Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Negeri Sembilan yang melepasi minggu pertama semakin rancak dengan pelbagai isu berkaitan kepentingan dan kebajikan rakyat yang menjadi tumpuan sepanjang kempen. Berdasarkan tinjauan, rata-rata pengundi berharap wakil rakyat yang dipilih pada PRN kali ini pemimpin yang sentiasa turun padang dan mendengar permasalahan rakyat. Bagi peniaga, Lee Chee Khing, 52, […]

» Read more

Ahli JKKK Berperanan Sebagai Duta Kerajaan Di Peringkat Kampung

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin pada semalam telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan kepada 41 Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau di Pejabat Daerah Kinabatangan. Jafry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau mengucapkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada Pegawai Daerah Kinabatangan […]

» Read more
1 … 136 137 138 139 140 … 2,516