Pengukuhan Parti Jadi Fokus Utama UMNO Beaufort, Yakin Terus Relevan

BEAUFORT, 14 Mei – Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat menegaskan pentingnya pengukuhan parti di semua peringkat akar umbi sebagai teras utama dalam memastikan kelangsungan perjuangan UMNO, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Beliau menekankan bahawa kekuatan UMNO selama lebih 80 tahun banyak bergantung kepada semangat perpaduan, keupayaan menyesuaikan diri dengan perubahan zaman serta ketahanan menghadapi cabaran […]

» Read more

Pemuda UMNO Pulau Pinang, Kedah Desak Tindakan Tegas Hina Sahabat Nabi

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Pemuda UMNO Pulau Pinang menyatakan pendirian tegas dalam mempertahankan kesucian agama Islam serta membantah sebarang kenyataan yang dikaitkan dengan penghinaan ke atas para Sahabat Nabi SAW. Rentetan itu Ketuanya, Mohd Hilmi Elias dan beberapa Pemuda UMNO membuat laporan polis sebagai bantahan terhadap kenyataan kontroversi Setiausaha Majlis Syura Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dalam […]

» Read more

MINDEF Tubuh Jawatankuasa Khas Nilai Tindakan Undang-Undang, Ganti Rugi Susulan Pembatalan NSM

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Kementerian Pertahanan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menilai tindakan undang-undang serta jumlah ganti rugi yang akan dituntut daripada syarikat pembekal susulan pembatalan kontrak pembelian sistem peluru berpandu antikapal (NSM). Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tindakan itu dibuat memandangkan kerajaan telah menjelaskan hampir 95 peratus daripada nilai keseluruhan kontrak yang mencecah lebih RM500 juta. […]

» Read more

‘Perkasa Jentera Dengan Kemahiran AI, Kuasai Algoritma Media Sosial’

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Penerangan UMNO Malaysia melaksanakan Kursus Kemahiran Kecerdasan Buatan (AI) sebagai langkah memperkasa warga penerangan parti dalam memanfaatkan teknologi digital. Diadakan di Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia (WTC) semalam, ia disertai oleh jentera penerangan bahagian untuk berkongsi penggunaan AI dalam menyebarkan maklumat berkenaan politik khidmat bakti parti. Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaacob pada […]

» Read more

Lapan Dekad Bukti UMNO Terus ‘Survive’ Demi Masa Depan Negara – Abdul Fattah

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Tempoh lapan dekad perjuangan yang dilalui UMNO menjadi bukti jelas kematangan serta ketahanan parti keramat itu dalam mendepani pelbagai cabaran politik negara. Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, sepanjang perjalanan tersebut UMNO telah melalui pelbagai ujian dan rintangan, namun parti itu terus kekal relevan serta memainkan peranan penting dalam menentukan […]

» Read more

Pahang Perkukuh Sistem Bekalan Air, Laksana Penggantian Lebih 600 Kilometer Paip Usang

KUANTAN, 14 Mei – Kerajaan Pahang sedang giat melaksanakan projek penggantian paip usang melibatkan kos kira-kira RM290 juta, dengan sebanyak 94.3 daripada keseluruhan 607.3 kilometer (km) paip telah berjaya digantikan setakat ini. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata inisiatif berkenaan dilaksanakan antara lain bagi meningkatkan kualiti bekalan air dan mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW). […]

» Read more

Pemuda UMNO Tegas Tolak Sentimen 3R, Desak Siasatan Polis Terhadap Ahli Parlimen Pas

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Susulan kenyataan kontroversi Setiausaha Majlis Syura Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dalam satu ceramah di Terengganu baru-baru ini, Pemuda UMNO seluruh negara tampil membuat laporan polis bagi mendesak siasatan segera dilakukan. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga Pengerusi Biro Agamawan Pemuda, Muhammad Fadlan Aiman Mhd Fadzy berkata laporan yang dilakukan bukan bersifat […]

» Read more

Kenduri Kampung Batu Kurau Satukan Masyarakat, 80 Siswa Sertai Program Anak Angkat

BATU KURAU, 14 Mei — Suasana penuh meriah dan harmoni menyelubungi Kampung Sempeneh apabila Program Kenduri Kampung & Majlis Perasmian Anak Angkat Pengguna Siswa berjaya menghimpunkan masyarakat setempat, mahasiswa serta pemimpin negeri dalam satu majlis penuh makna, baru-baru ini. Program yang berlangsung di Perkarangan Gelanggang Futsal Kampung Sempeneh itu diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang […]

» Read more

AIAC Tawar Mediasi Percuma Untuk Pertikaian Komersial Bernilai RM250,000 Ke Bawah Mulai 18 Mei

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Orang ramai kini boleh merujuk pertikaian komersial bernilai RM250,000 dan ke bawah terus kepada Asian International Arbitration Centre (AIAC) bagi mendapatkan khidmat mediasi secara percuma bermula 18 Mei ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, inisiatif itu melibatkan pelbagai skop pertikaian komersial termasuk perkhidmatan, pembekalan, jual […]

» Read more

Mohamad Hasan Tiba di New Delhi Sertai Mesyuarat Menteri Luar BRICS

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, India malam tadi bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri negara anggota BRICS yang berlangsung selama dua hari di New Delhi. Dalam lawatan tersebut, beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO dijadual menyampaikan kenyataan negara yang menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh […]

» Read more
1 134 135 136 137 138 2,485