Semangat Dan Keprihatinan Rakyat Malaysia Sememangnya Wajar Dipuji!

Kehidupan terjejas di lebih separuh kawasan di negeri Selangor dengan ribuan klip video dikongsi dalam media sosial menunjukkan ramai penduduk dan pemandu kenderaan terperangkap di jalan yang dinaiki air. Dalam tempoh ini banjir merupakan bencana tahunan, tetapi tahun ini ia lebih mencabar bagi pihak berkuasa kerana pelbagai agensi masih berperang dengan pandemik COVID-19 yang setakat ini mencatatkan hampir 3,000 kes […]

» Read more

Kedatangan SUA Beri Suntikan Semangat, Mangsa Banjir Hargai UMNO Bersama Rakyat

KUNDANG, 23 Dis – Sebalik musibah banjir yang melanda Selangor khususnya di Parlimen Selayang mangsa banjir kali ini berkesempatan menyuarakan keluh kesah mereka terus kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menyantuni mereka. Kunjungan Ahmad Maslan ke Kampung Melayu Sri Kundang semalam memberi suntikan semangat dan sokongan moral kepada mereka yang terkesan banjir lantas membuktikan UMNO sentiasa cakna […]

» Read more

RM100 Juta Diperuntukkan Bantu Aktiviti Pemulihan Pascabanjir – Mohd Shahar

Shahar Abdullah

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif bagi meringankan beban rakyat yang terkesan dengan bencana banjir yang melanda beberapa negeri minggu lepas, Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata bantuan itu antara lain termasuk dana RM100 juta yang diperuntukkan bagi aktiviti pemulihan pascabanjir serta membantu pembelian peralatan dan kelengkapan rumah yang […]

» Read more

Pemuda UMNO Terus Komited Bantu Mangsa Banjir – Asyraf

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajid Dusuki meluahkan penghargaan beliau dengan komitmen yang diberikan Pemuda UMNO bahagian-bahagian dalam membantu mangsa banjir di kawasan masing-masing. Katanya, mereka juga telah menggerakkan ahli-ahli Pemuda UMNO dan Sukarelawan Skuad Sabil di semua cawangan-cawangan dalam bahagian untuk membantu menyelamatkan mangsa banjir, membekalkan keperluan asas seperti makanan, minuman […]

» Read more

Banjir: UMNO Terus Bersama Rakyat, Fasa Kedua Lebih Mencabar – Noorazli

SEPANG, 23 Dis – Situasi bencana banjir yang semakin pulih di Selangor membolehkan mangsa-mangsa terlibat kembali ke kediaman masing-masing untuk membersih, mengemas atau melihat kerosakan yang dialami. Dalam hal ini, Ketua UMNO Bahagian Sepang, Noorazli Said menekankan bahawa UMNO sentiasa bersama rakyat mendepani kesulitan dan berharap agar lebih ramai lagi pihak akan turun padang bagi membantu mereka dalam fasa kedua. […]

» Read more

Banjir: MB Selangor Perlu Ketepikan Sentimen Politik, Fokus Bantu Rakyat – Noh

PUTRAJAYA, 22 Dis – Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar berharap fokus untuk membantu rakyat yang menghadapi bencana banjir diberikan perhatian sewajarnya berbanding memainkan sentimen politik. Katanya ini ekoran kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang seolah-olah menyalahkan beliau dengan insiden banjir buruk yang terjadi di negeri itu. “Ada yang cuba hendak mainkan politik… […]

» Read more

Demi Kelangsungan Hidup, Menteri Kewangan Wajar Penuhi Permintaan Rakyat – Zahid

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa dalam keadaan hari ini amat wajar Menteri Kewangan memenuhi permintaan rakyat agar skim i-Citra dilanjutkan. Ujarnya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), ini kerana secara tidak langsung wang itu akan dapat digunakan oleh mangsa banjir untuk kembali bangkit daripada kemusnahan. “Bantuan kerajaan berserta RM10,000 wang […]

» Read more

Banjir: Negara Dukacita… Wanita UMNO Gerakkan Jentera Pelbagai Peringkat

KUALA LUMPUR, 22 Dis – “Wanita UMNO mengerakkan semua jentera Wanita di pelbagai peringkat untuk membantu mangsa-mangsa banjir di tempat masing-masing dan juga kawasan berhampiran dengan segala kudrat yang ada untuk membantu keluarga-keluarga yang terkesan.” Demikian tegas Ketua Penerangannya, Datuk Norshida Ibrahim yang menganggap bahawa ini adalah kejadian bencana luar biasa dan mimpi buruk kepada semua. “Seluruh negara berdukacita dengan […]

» Read more

Banjir: Jangan Tuding Jari, Berlapang Dada Fokus Bantu Mangsa

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyeru semua pihak untuk berlapang dada dengan ujian melanda khususnya bencana banjir yang berlaku ketika ini. Katanya, perkara yang lebih penting adalah semua pihak yang berkemampuan mengambil peranan masing-masing bagi memastikan golongan terjejas ini dibantu dengan sebaiknya. “Yang penting jangan banyak menuding jari tapi terus […]

» Read more
1 1,130 1,131 1,132 1,133 1,134 2,057