UMNO Sabah Rasa Terkesan, Hulur Bantuan Untuk Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR, 23 Dis – “Berat berat mata memandang berat lagi bahu memikul, sedih dan pilu melihat kesengsaraan yang mereka hadapi.”

Demikian luah Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang turun padang dan meninjau sendiri kawasan banjir di Taman Sri Muda Shah Alam dan Kampung Labohan Dagan Banting semalam.

“Sama sama kita doa kan semoga mereka semua tabah dan sabar menghadapi dugaan dari Allah,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.

Di Selangor, Info Bencana JKM melaporkan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 21,941 orang di 106 pusat pemindahan sementara (PPS) pada 7.20 pagi ini berbanding 22,015 mangsa banjir di 109 PSS pada 8.13 malam tadi.

Ini berikutan paras air yang telah surut dengan penduduk mula kembali ke kediaman masing-masing.

Terdahulu, Polis Selangor memaklumkan beberapa jalan telah dinaiki air dan ditutup melibatkan Lorong Ikan Haruan, Kg Bukit Lanchong, Putra Heights; Jalan Olak Lempit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA); Jambatan FT 31 Dengkil-Banting dan Jalan bulatan Masjid KLIA menghala Charterfield KLI selain beberapa jalan masih dututup. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.