Banjir: Negara Dukacita… Wanita UMNO Gerakkan Jentera Pelbagai Peringkat

KUALA LUMPUR, 22 Dis – “Wanita UMNO mengerakkan semua jentera Wanita di pelbagai peringkat untuk membantu mangsa-mangsa banjir di tempat masing-masing dan juga kawasan berhampiran dengan segala kudrat yang ada untuk membantu keluarga-keluarga yang terkesan.”

Demikian tegas Ketua Penerangannya, Datuk Norshida Ibrahim yang menganggap bahawa ini adalah kejadian bencana luar biasa dan mimpi buruk kepada semua.

“Seluruh negara berdukacita dengan keadaan banjir yang luar jangkaan melibatkan hampir seluruh negara terutamanya di Lembah Klang dengan kebanyakan kawasan dinaiki air menyebabkan jalan-jalan utama ditutup dan mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Ditambah pula dengan suara-suara meminta bantuan daripada individu serta anak-anak yang terperangkap akibat banjir memenuhi media-media sosial,” katanya dalam hantaran melalui laman facebooknya, hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan semua pihak agar terus berhati-hati.

“Diingatkan juga kepada kesemua sukarelawan agar berhati-hati dalam suasana ini dan pastikan keselamatan diri terpelihara.

“Kita doakan agar kesemua mangsa terlibat kejadian banjir berada dalam keadaan selamat dan dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.