Tangguh Hantar Jemaah Haji, Semua Perlu Redha – Hishamuddin

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hessein berkata, penangguhan penghantaran jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci tahun ini pastinya sesuatu berat untuk diterima. Namun begitu, beliau berharap semua yang terkesan tabah dan redha dengan keputusan tersebut. “Sesungguhnya, ia demi keselamatan malah Brunei, Singapura dan Indonesia juga telah buat keputusan sama. “Berhubung pendirian Malaysia ini, […]

» Read more

PRK DUN Chini Berbeza Dengan PRK Sebelum Ini, Ujian Di Waktu Pandemik – Norshida

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Norshida Ibrahim berkata, gerak kerja awal proses Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini perlu berjalan selari dengan arahan kerajaan bagi kawalan pencegahan COVID-19. Serentak itu beliau menimbulkan persoalan adakah semua pihak sudah bersedia dengan satu pilihanraya dengan cara norma baharu yang mana situasi baharu terpaksa dilakukan dan berbeza dengan PRK […]

» Read more

Saya Sendiri Jadi Mangsa Berita Palsu – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan dakwaan mengatakan beliau tidak mengalu-alukan kedatangan pelancong Singapura ke Malaysia adalah satu tuduhan yang berniat jahat. Jelas beliau, Malaysia masih menutup pintu kepada semua negara termasuk Singapura. “Saya sendiri menjadi mangsa kepada penyebaran berita palsu. Saya dituduh tidak mengalu-alukan kedatangan pengunjung dari Singapura sedangkan hakikat sebenar adalah Malaysia […]

» Read more

Masalah Air Bersih 33,000 Penduduk Chini Selesai – Wan Rosdy

CHINI, 13 Jun – Masalah air bersih yang ditanggung 33,000 penghuni isi rumah di Felda Chini dan kampung sekitar, dijangka diatasi September 2021 apabila siap kolam takungan air terawat Chini bernilai lebih RM18 juta, kata MB Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail, hari ini. Jelas beliau, projek membina kolam takungan itu yang terhalang selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil […]

» Read more

PH Asyik Rebut Jawatan PM, Isu Rakyat Bila Nak Bincang? – Azizi Safar

KUALA LUMPUR, 13 Jun – “Semasa Pakatan Harapan (PH) jadi Kerajaan, hari-hari bincang dan bahas pasal siapa lebih layak jadi PM (perdana menteri), lepas hilang Kerajaan dan jadi pembangkang pun masih hari-hari bincang dan bahas pasal siapa lebih layak jadi PM,” ujar Penganalisa Politik Azizi Safar. Ujar beliau, rakyat sudah muak dengan permainan politik PH apatahlagi di kala rakyat kini […]

» Read more

Bil TNB & Keresahan Rakyat, Penjelasan Perlu Diteruskan Untuk Redakan Isu – Zahid

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa beliau menerima banyak rungutan dan aduan dari rakyat beberapa hari ini berkaitan rasa tidak puas hati setelah menerima bil TNB yang dilihat ‘tinggi’ sama ada di kawasan perumahan mahupun bangunan komersial. Katanya, walaupun sudah ada penjelasan dari TNB tetapi ianya masih tidak cukup untuk memenuhi […]

» Read more

Peter Diingat Jangan Heret Rakyat Sabah Dalam Kes Rasuah Peribadi

KOTA KINABALU, 13 Jun – UMNO Negeri Sabah mengingatkan Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, Datuk Peter Anthony agar tidak melibatkan rakyat Sabah dalam kes peribadi beliau yang menghadapi lima pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM8.75 juta. Pengarah Komunikasi UMNO Sabah, Ghazalie Ansing berkata, Peter yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) sengaja melibatkan rakyat Sabah dalam kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah […]

» Read more

Mesyuarat Cawangan, UMNO Tunggu Arahan ROS – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 12 Jun –  Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk mesyuarat, seminar dan kursus sedang diteliti oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan akan diputuskan Isnin depan, 15 Jun 2020, menurut Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sehubungan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata UMNO masih menunggu arahan kerajaan selanjutnya bagi meneruskan mesyuarat cawangan yang telah ditangguhkan […]

» Read more

Kerajaan Baharu: Kita Bukan Masuk Melalui Pintu Belakang, Yang Sebenarnya Rumah Sudah Runtuh – Shahril

PEKAN, 12 Jun – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata jentera parti perlu bersedia menangkis segala yang dicanang oleh pihak lawan jika berlaku pertandingan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini termasuklah soal kerajaan yang terbentuk hari ini. Dengan menyifatkan apa yang berlaku hari ini merupakan satu kejutan, Shahril menegaskan bahawa tidak wujud istilah pintu belakang dan […]

» Read more

Bil Naik Mendadak, Puteri UMNO Cadang Pengiraan Prorata

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Puteri UMNO mencadangkan agar pengiraan bulanan bil elektrik dikira prorata mengikut blok pertama 1-200/kWh bersamaan dengan RM0.20 sen dan blok kedua 201-300/kWh bersamaan RM0.30 sen bukan mengikut blok ketiga dan seterusnya yang mana cajnya jauh lebih tinggi. Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata ini memandangkan ramai yang mengeluh, terkejut dan marah apabila melihat bilTNB masing-masing. […]

» Read more
1 1,095 1,096 1,097 1,098 1,099 1,626