PH Asyik Rebut Jawatan PM, Isu Rakyat Bila Nak Bincang? – Azizi Safar

KUALA LUMPUR, 13 Jun – “Semasa Pakatan Harapan (PH) jadi Kerajaan, hari-hari bincang dan bahas pasal siapa lebih layak jadi PM (perdana menteri), lepas hilang Kerajaan dan jadi pembangkang pun masih hari-hari bincang dan bahas pasal siapa lebih layak jadi PM,” ujar Penganalisa Politik Azizi Safar.

Ujar beliau, rakyat sudah muak dengan permainan politik PH apatahlagi di kala rakyat kini dibelenggu dengan kos sara hidup akibat pandemik COVID-19.

“Hari-hari pun bincang dan bahas pasal dua calon yang sama juga. Kalau tidak Anwar Ibrahim, Mahathir, kalau tidak Mahathir, Anwar Ibrahim.

“Katanya pada Mesyuarat PH yang lepas, Mahathir dan Shafie Apdal nak Mahathir jadi Perdana Menteri selama enam bulan sebelum serah jawatan PM kepada Anwar Ibrahim. Nak tunjuk Mahathir ikhlas nak bagi Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.

“PKR, Dap dan PAN pula nak Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, tidah mahu bagi kepada Mahathir jadi Perdana walaupun selama enam bulan saja. Sudah tentu Anwar Ibrahim nak Anwar Ibrahim saja jadi calon Perdana Menteri. Tapi bila nk bincang isu rakyat pula?,” bidas beliau.

Untuk rekod, sejak dahulu lagi isu siapa jadi PM tidak pernah selesai dalam PH. Walaupun telah berjaya mentadbir negara selepas menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), jawatan PM terus menjadi rebutan.

Akhirnya, setelah 22 bulan memerintah, PH tumbang kerana masalah dalaman sendiri. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.