UMNO Siswa Harap KPT Selaraskan Polisi Tetap Di IPT

KUALA LUMPUR, 29 Mei – UMNOSiswa Malaysia hari ini mendesak agar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyelaraskan polisi tetap untuk memastikan pihak universiti awam mahupun swasta mengurangkan beban yuran yang dikenakan terhadap mahasiswa IPT masing – masing. Ketua Penerangannya, Iman Norhizam berkata walaupun diketahui bahawa pihak universiti mempunyai kuasa untuk menentukan yuran di IPT masing – masing namun, penyelarasan ini amat […]

» Read more

Jurang Digital: Sabah, Sarawak, Bumiputera Dan Perjuangan Normal Baharu – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berpandangan krisis COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan telah meningkatkan secara mendadak, kebergantungan masyarakat dan ekonomi terhadap sistem dan penyampaian secara digital atau atas talian. “Saya menyambut baik kenyataan ringkas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkenaan jurang digital yang wujud di Malaysia. “Kebergantungan ini […]

» Read more

COVID-19: Amanah Ikhtiar Patut Laksanakan Aspirasi Kerajaan Bantu Rakyat – Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melontarkan persoalan serta ingin mendapatkan penjelasan berhubung keluhan dan rintihan di media sosial berkenaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Menurut beliau keluhan berkenaan yang boleh dilihat di ruangan-ruangan komen Facebook https://www.facebook.com/AmanahIkhtiarMalaysia yang tidak melaksanakan moratorium sepenuhnya seperti agensi-agensi kerajaan yang lainnya perlukan penjelasan lanjut. “Saya […]

» Read more

Dap Parti Yang Tidak Boleh Dipercayai – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata Dap adalah parti yang tidak boleh dipercayai walau dalam apa keadaan sekali pun. Katanya, Dap sejak dahulu menggunakan pelbagai pendekatan bagi mempengaruhi orang Melayu Islam . “Realitinya banyak perkara yang dilakukan demi kepentingan Melayu Islam, tidak dipersetujui Dap dan mereka mencari jalan menentangnya. […]

» Read more

Lanjutkan Tempoh Penangguhan Pembayaran Semula Pinjaman AIM – Norliza Rahim

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Wanita UMNO Malaysia berharap kerajaan membuat pertimbangan sewajarnya berhubung penyambungan semula pembayaran pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Naib Ketuanya, Datuk Norliza Rahim berkata beliau telah dimaklumkan bahawa peminjam Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah diminta untuk menyambung semula pembayaran pinjaman bermula bulan hadapan Jun 2020 berikutan penangguhan pembayaran selama tiga bulan sejak Mac 2020 akibat krisis […]

» Read more

Tahniah Wakil Rakyat Dilantik Pengerusi GLC… Berkhidmat Dengan Amanah, Berdedikasi – Zahid

KUALA LUMPUR, 27 Mei – UMNO mengucapkan tahniah kepada wakil-wakil rakyat dari kalangan UMNO, MCA, MIC dan PAS yang dilantik menjadi Pengerusi atau ahli-ahli Lembaga Pengarah GLC, GLIC, suruhanjaya serta agensi dan institusi-institusi milik atau berkaitan kerajaan. Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelantikan tersebut adalah suatu amanah dan tanggungjawab bagi memastikan semua syarikat, agensi dan institusi berfungsi […]

» Read more

BERSATU Patut Bubar, Ahli Perlu Cari Parti Lain

JOHOR BAHRU, 27 Mei – BERSATU wajar dibubarkan dan ahli-ahlinya perlu mencari parti yang lebih stabil dan relevan dalam kelangsungan politik negara, kata Persatuan Pemikir Muda Johor. Ini kerana kata wakilnya, Fikri Allaudin, sehingga ke hari ini, satu demi satu pengasas parti itu sudah mula sangsi dan meninggalkan parti BERSATU. “Dr Maszlee Malik pernah menzahirkan kegusaran akan nasib parti BERSATU […]

» Read more

COVID-19: Beri Mandat Jawatankuasa Mukim, Kampung Tangani Wabak – Dr Adham

PUTRAJAYA, 27 Mei – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menegaskan sudah tiba masanya untuk pemerkasaan komuniti diperkukuhkan dalam menangani penularan wabak COVID-19 dan melindungi kawasan hijau di peringkat negeri. Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan negeri bersama Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing perlu mengambil peranan dalam membendung serta mempertahankan kawasan atau zon hijau COVID-19 masing-masing supaya tidak berubah atau kembali […]

» Read more

Tiada Beza Kluster ‘Kayangan Dan Bumi’ Dalam SOP  PKPB – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 27 Mei – Sesiapa sahaja yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika sambutan Aidilfitri sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dikenakan tindakan sewajarnya. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tidak mengira golongan kenamaan mahupun rakyat biasa, segala SOP ditetapkan adalah sama dan terserah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengenakan tindakan ke […]

» Read more

Gubal Akta, Cari Kaedah Holistik Kawal Penjualan Dan Pengambilan Minuman Keras – Asyraf

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Pemuda UMNO hari ini memberikan beberapa cadangan termasuk langkah jangka pendek serta jangka panjang berhubung isu pemandu mabuk sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan orang awam yang makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata sebagai langkah jangka pendek dan segera, pergerakan itu mendesak agar cadangan pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 […]

» Read more
1 1,093 1,094 1,095 1,096 1,097 1,615