Baki Lebih 6,000 Taska Sudah Dibenarkan Beroperasi – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 2 Jun – Berita baik buat ibu bapa yang bekerja semula. Kerajaan kini membenarkan baki lebih 6,000 taman asuhan kanak-kanak (taska) beroperasi kembali. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata taska yang ingin beroperasi boleh merujuk prosedur operasi standard (SOP) disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Sebelum ini, pada peringkat awal, hanya 304 taska […]

» Read more

Zahid Berharap Pendidikan Tahfiz Diteruskan, Dilaksana Semula Selepas Tertangguh 22 Bulan

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan harapan agar pendidikan tahfiz di semua peringkat yang sebelum ini tertangguh selama 22 bulan ekoran peralihan kerajaan Persekutuan akan kembali dilaksana dan diteruskan. Katanya, beliau sendiri akan membawa isu tersebut kepada Perdana Menteri dalam pertemuan nanti. “Insya Allah … saya percaya pada diri saya dan pertemuan […]

» Read more

Duduk Di Rumah Sepanjang PKP Antara Punca Bil Elektrik Meningkat – Mahdzir

SHAH ALAM, 2 Jun – Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Mahdzir Khalid menjelaskan punca peningkatan bil elektrik di kawasan kediaman adalah kerana kebanyakan rakyat Malaysia berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain itu, katanya, ada segelintir yang balik ke kampung semasa cuti sekolah menyebabkan berlakunya pula peningkatan penggunaan elektrik rumah di kampung masing-masing. “Ada sebahagian […]

» Read more

Pemandu Mabuk Tak Boleh Dipandang Remeh, Tindakan Holistik Perlu Dibuat

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Norshida Ibrahim berkata dalam senario rakyat Malaysia sedang berusaha gigih untuk memutuskan rantaian halimunan dan menangani pandemik COVID-19, isu pemandu mabuk tidak boleh dipandang remeh kerana ia sudah mula mendatangkan rasa marah dan tidak puas hati di hati rakyat. Menurut beliau saban hari ada sahaja kes kemalangan jalan raya yang melibatkan […]

» Read more

Tergamak PH Bincang Calon PM, Lebih Baik Fikir Hala Tuju Rakyat Selepas COVID-19

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempertikaikan isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Harapan (PH) ekoran membincangkan calon Perdana Menteri. Katanya, sewajarnya PH harus memberi pandangan mengenai hala tuju kehidupan rakyat masa kini dan juga pasca COVID- 19. “Apakah wajar membincangkan isu calon Perdana Menteri baharu ketika rakyat makin dihimpit kesusahan, resah mengenangkan hala-tuju […]

» Read more

Arak Punca Tragedi Yang Tragis, Jangan Ada Lagi Jadi Mangsa – Rais Yasin

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Rais Yasin merasa sedih ekoran tragedi yang menimpa rakyat akibat pemandu mabuk. Katanya, hari demi hari, semakin pilu hati ini tatkala membaca berita tentang kematian rakyat Malaysia yang menjadi mangsa nahas kemalangan gara-gara dilanggar pemandu mabuk. “Jumlah angka tragedi yang tragis semakin memuncak. Apakah mereka tidak takut dengan hukuman yang bakal […]

» Read more

Jangan Berlengah, Pinda Undang-undang Hukum Pemandu Mabuk Sebabkan Kematian – Zahid

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap pihak berkuasa tidak lagi berlengah dan menangguhkan usaha meminda undang-undang bagi menghukum pemandu mabuk yang menyebabkan kematian dengan hukuman yang lebih berat. Katanya, rakyat sedang memerhatikan dan menilai prestasi kerajaan sedia ada dan sekiranya gagal melakukan yang sepatutnya, maka kerajaan bakal dihukum oleh rakyat kelak. “Pada […]

» Read more

Wanita UMNO Sokong Kajian Semula Akta Pengangkutan Jalan

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr. Noraini Ahmad mengalu-alukan tindakan kerajaan untuk membuat kajian semula terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) khususnya Seksyen 41 hingga 45 mengenai hukuman terhadap mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah atau memandu secara melulu dan merbahaya. Jelas beliau, ini perlu bagi membendung isu pemandu mabuk yang […]

» Read more

Media Antara ‘Frontliners’ COVID-19, UMNO Malaysia Zahir Penghargaan

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Sepanjang negara berhadapan dengan pandemik COVID-19, barisan ‘frontliners’ tidak putus-putus memberi khidmat. Media adalah antara ‘frontliners’ yang memainkan peranan bagi memastikan maklumat sahih dan fakta disampaikan kepada orang ramai dengan kadangkala ‘mempertaruhkan’ keselamatan diri. Justeru, empat agensi media telah dipilih oleh UMNO Malaysia bagi diberi penghargaan atas jasa dan khidmat mereka ini. Setiausaha Agung UMNO, […]

» Read more

Segerakan Pindaan Akta Hukuman Lebih Berat Terhadap Pemandu Mabuk – Zahida

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Puteri UMNO hari ini mendesak agar pindaan akta hukuman lebih berat terhadap pemandu mabuk penyebab kematian ini disegerakan. Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata ini adalah keresahan rakyat yang merasakan keselamatan mereka tidak terjamin walaupun sudah berwaspada di jalan raya. “Kami mendesak agar pindaan akta hukuman lebih berat terhadap pemandu mabuk penyebab kematian ini disegerakan, […]

» Read more
1 1,090 1,091 1,092 1,093 1,094 1,614