Fitnah Untuk Kelirukan Rakyat, PH Cakap Lain Buat Lain – Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 17 Feb – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon Pilihan Raya Nehgeri (PRN) Johor pada 26 Februari dengan pengundian pada 12 Mac setelah Sultan Johor perkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). Namun demikian, sehingga kini pihak pembangkang masih berterusan mencanang bahawa UMNO/Barisan Nasional (BN) gila kuasa. Dalam hal ini, Naib Ketua UMNO Bahagian Simpang […]

» Read more

Fahami Keperluan PRN Johor, Jangan Terpedaya Anasir Pembangkang – Ahmad Maslan

JOHOR BAHRU, 17 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berharap rakyat khususnya di Johor memahami keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN). Beliau berharap rakyat tidak terpedaya dengan dakwaan pihak lain terutama pembangkang yang mengatakan pilihan raya ini adalah disebabkan sikap tamak kuasa Barisan Nasional (BN). Menurutnya, mereka perlu memahami bahawa perkara utama yang mendorong pembubaran Dewan […]

» Read more

Tidak Bergaduh… BN Cuma Jawab Tohmahan Yang Dilemparkan Pihak Lawan Politik

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN tidak mengamalkan pergaduhan sebaliknya hanya menjawab tohmahan dilemparkan oleh lawan politik termasuk Perikatan Nasional (PN). Tegas Presiden UMNO itu, jika tidak dijawab bimbang ada lagi yang akan terpengaruh seperti ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. “Yang telah dijawab pun tetap mereka akan […]

» Read more

Terus Istiqamah… Puteri UMNO Sabah Akan Terus Perkasa Mendepani Cabaran – Fadilah

KOTA KINABALU, 16 Feb – Puteri UMNO Sabah akan terus memperkasakan gerakan termasuklah memastikan cabaran yang mendatang dapat dilalui sebaik mungkin khususnya kedatangan pengundi baharu termasuklah undi 18 dan sebagainya. Ketua Puteri UMNO Sabah, Datuk Fadilah Sarbi berkata kehadiran pengundi baharu bukan hanya sekadar ditempuhi UMNO malah parti-parti lain akan turut berdepan dengan perkara berkenaan dan sudah pasti pelbagai pendekatan […]

» Read more

Tun M Tidak Ada Modal Lain… Kleptokrat, Kluster Mahkamah Tiada Kaitan PRN – Sharkar

KOTA TINGGI, 16 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berpandangan surat terbuka yang diberikan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad kepada rakyat Johor untuk tidak mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah suatu tindakan yang terdesak. Katanya, ini kerana PRN ini adalah untuk menentukan kepimpinan […]

» Read more

Akaun WhatsApp, Telegram Ahmad Zahid Digodam

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di dalam satu perkongsian di Facebook dan Twitter pagi tadi telah memaklumkan bahawa akaun di aplikasi Telegram dan WhatsAppnya telah digodam. “Kepada rakan dan kenalan yang menerima mesej tidak berkaitan sila abaikan,” tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu. Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, […]

» Read more

Aset Hampir RM1 Trilion, KWSP Wajar Bantu Rakyat Benarkan Pengeluaran i-Citra – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Ternyata apa yang digembar-gemburkan sebelum ini yang menggambarkan prestasi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bakal terjejas akibat pengeluaran RM101 bilion bagi tujuan i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra adalah meleset, tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Katanya, dengan jumlah aset KWSP terus berkembang mencecah RM1 trilion dan dividen yang dianggarkan mencecah enam […]

» Read more

Pemerkasaan Wanita Johor Dinantikan Pada PRN – Norshida

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Dua tiga hari kebelakangan ini, parti lawan telah mula mengumumkan calon-calon yang mereka tandingkan di kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor. Bagi Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim semestinya Barisan Nasional (BN) Johor juga akan mengumumkan calon dalam masa terdekat ini dan ianya dinantikan-nantikan oleh semua pihak. “Bukan sahaja rakyat yang tertunggu-tunggu calon yang […]

» Read more

Pengundi Muda Harus Diberikan Fakta Kelebihan BN Berbanding Gabungan Parti Lain

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Pengundi muda harus dimaklumkan suatu fakta penting mengenai Barisan Nasional (BN) iaitu ia dibarisi parti komponen berbilang bangsa dan agama serta merupakan sebuah gabungan politik ‘evergreen’. Menurut Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, BN adalah sebuah gabungan politik demokratik yang tetap relevan, ‘everlasting’, malar segar ‘since 1973’ dan ia sebuah gabungan politik yang […]

» Read more

PRN: Rakyat Tertipu Dan Muak Dengan Helah PH – Hasni

KOTA TINGGI, 16 Feb – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berpandangan rakyat sudah muak dan merasa tertipu dengan permainan parti pembangkang terutama Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU ke-14) yang lalu membabitkan manifesto yang ditawarkan mereka. Katanya, pelbagai janji yang ditaburkan namun ianya tidak ditunaikan meskipun mereka diberi peluang mentadbir negeri dan persekutuan […]

» Read more
1 1,089 1,090 1,091 1,092 1,093 2,053