Fitnah Untuk Kelirukan Rakyat, PH Cakap Lain Buat Lain – Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 17 Feb – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon Pilihan Raya Nehgeri (PRN) Johor pada 26 Februari dengan pengundian pada 12 Mac setelah Sultan Johor perkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Namun demikian, sehingga kini pihak pembangkang masih berterusan mencanang bahawa UMNO/Barisan Nasional (BN) gila kuasa.

Dalam hal ini, Naib Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Onn Hafiz Ghazi menolak dakwaan terbabit dan menegaskan bahawa PRN Johor tidak akan berlaku sekiranya Pakatan Harapan (PH) berpegang kepada janji jaminan kestabilan dan tidak mengganggu gugat kerajaan negeri.

Bidasnya, PH sengaja melontar fitnah demi fitnah untuk kelirukan rakyat.

“Dalam Sidang DUN pada bulan November lalu, Kerajaan Johor hampir kalah undi dengan PH berkenaan usul nak lantik Jawatan Kuasa Tindakan Daerah JTPD.

“Nasib baik Kerjaaan menang tipis 28-27 kerana speaker yang juga pembangkang mengundi kerajaan pada masa itu,” ujarnya yang juga ADUN Layang-layang dan berada di dalam siding DUN menyaksikan sandiwara PH.

Selar beliau, PH ini cakap lain buat lain.

“Kerana itu, PRN Johor terpaksa dilaksana bagi memastikan kerajaan negeri mendapat mandat baharu agar dapat melakasanakan pentadbiran dengan lancar tanpa ada lagi gangguan atau ugutan dari mana-mana pihak.”

Dalam masa yang sama, beliau turut melaporkan pelbagai gerak kerja yang telah dilaksanakan sepanjang menjadi ADUN.

“Bagi mengelak fitnah yang berterusan, saya akan terus melaporkan gerak kerja DUN Layang-Layang yang dilaksanakan sebelum ini.

“Kami melaksanakan khidmat bukan dengan sandiwara atau lakonan sebaliknya ia digerakkan dengan hasrat agar rakyat mendapat pembelaan dan kesejahteraan,” katanya.

Berikut adalah antara gerak kerja Pusat Khidmat DUN Layang-Layang berkenaan bantuan pendidikan sepanjang beliau menjadi adun di kawasan DUN yang antaranya adalah:

1. RM5,000.00 telah diperuntukkan untuk setiap bilik guru sekolah di kawasan DUN Layang Layang.

2. Bantuan khas persekolahan untuk 2,000 pelajar. Setiap pelajar menerima baucer tunai bernilai RM100.00.

3. 165 tablet telah disumbangkan buat pelajar sekolah untuk PDPR semasa pandemik.

4. Bantuan “back to school” kepada pelajar pelajar sekolah.

5. Bantuan khas kepada mahasiswa/mahasiswi di Layang-Layang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.