Perhimpunan Agung UMNO Khas 14 Mei, Pinda Perlembagaan Tempoh Pemilihan Parti

KUALA LUMPUR, 14 April – Perhimpunan Agung UMNO Khas akan diadakan pada 14 Mei 2022 (Sabtu) bagi melakukan pindaan Perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau memaklumkan bahawa pelaksanaan persidangan terbabit dibuat sebagaimana keputusan sebulat suara usul Perhimpunan Agung UMNO 2021. “Bagi melaksanakan keputusan sebulat suara usul Perhimpunan Agung UMNO 2021 lalu, […]

» Read more

MKT UMNO Sebulat Suara Cadang Ismail Sabri Calon PM PRU-15, MoU Tidak Diteruskan

KUALA LUMPUR, 14 April – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara mencadangkan agar Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi kenyataan media selepas mesyuarat MKT petang tadi. Terdahulu mesyuarat MKT UMNO telah berlangsung di […]

» Read more

BN Realitikan Janji: Bantuan Kasih Bangsa Johor Langkah Bantu Rakyat Pelbagai Peringkat – Norshida

KUALA LUMPUR, 14 April – Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim melihat Bantuan Kasih Bangsa Johor yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi merupakan satu langkah yang amat baik dalam usaha membantu rakyat pelbagai peringkat. Menurut beliau tentunya pengumuman bantuan berkenaan adalah satu perkara yang menggembirakan masyarakat Johor dan apa yang paling penting adalah soal pelaksanaan. “Syukur Alhamdulilah, […]

» Read more

Najib Dakwa Saman 1MDB Penyalahgunaan Proses Mahkamah

KUALA LUMPUR, 14 April – Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa bahawa saman sivil US$8 bilion yang difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan empat anak syarikatnya terhadap beliau adalah penyalahgunaan proses mahkamah, apabila nama pesalah sebenar yang menyebabkan kerugian besar dana kekayaan kerajaan itu, telah dikeluarkan daripada dikenakan tindakan undang-undang. Bekas perdana menteri itu berkata tindakan 1MDB dan empat […]

» Read more

Ramadan Kesempatan Terbaik Dekati Rakyat, Terus Amal SOP Untuk Fasa Peralihan Endemik

KUALA LUMPUR, 14 April – Kehadiran bulan keberkatan Ramadan menjadi platform terbaik untuk pemimpin UMNO meneruskan politik khidmat bakti termasuk mendekati rakyat di samping memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Di Setiawangsa, Ketua UMNO Bahagiannya, Datuk Seri Izudin Ishak menerusi hantaran di Facebooknya berkongsi beliau berkesempatan meluangkan masa menunaikan solat di Surau Jumaat Muhajirin Desa Rejang bersama penduduk setempat. “Ini […]

» Read more

Pindaan Perlembagaan Tangani Isu Lompat Parti Wajar Diperhalusi – Reezal

PUTRAJAYA, 14 April – Keperluan pindaan Perlembagaan atau apa sahaja remedi perundangan bersesuaian dalam menangani isu lompat parti wajar diperhalusi dalam masa terdekat, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata kerajaan memahami kekecewaan majoriti rakyat dengan suasana politik ‘berlompat-lompatan’ dan penuh ketidaktentuan. “Kekuatan dan keutuhan siasah negara […]

» Read more

Kerja Kebajikan Tidak Dapat Diteruskan Kerana Dana Yayasan Akalbudi Dibekukan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 14 April – Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak dapat meneruskan kerja-kerja kebajikan berikutan dana Yayasan Akalbudi dibekukan selepas beliau didakwa di mahkamah. Ahmad Zahid, 69, mendedahkan perkara itu ketika disoal peguamnya Datuk Ahmad Zaidi Zainal semasa membela diri atas 47 pertuduhan membabitkan pecah […]

» Read more

Jaga Kebersihan Alam Sekitar… Ini Rumah Kita – Zahid

KUALA LUMPUR, 13 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama lebih bertanggungjawab dengan keadaan sekitar terutama melibatkan kebersihan di tempat awam. Katanya, ini kerana gambar yang dimuatnaik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaparkan sampah dibiarkan bergelimpangan adalah suatu yang patut dikesali. “Marilah kita terus menjaga kebersihan alam sekitar negara kita kerana […]

» Read more

Keprihatinan UMNO Terhadap Isu Kemanusiaan Dihargai

KUALA LUMPUR, 13 April – Keprihatinan UMNO terhadap isu kemanusiaan sentiasa dihargai malah turut menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Hal ini diakui oleh Pengarah Eksekutif Burma Human Rights Network (BHRN), Kyaw Win @ Muhamad Shoib yang mengadakan kunjungan kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan di pejabatnya, Menara Dato’ Onn, di sini hari ini. Beliau mengetuai BHRN yang […]

» Read more

Tidak Pernah Arah Sesiapa Guna Dana Yayasan Akalbudi Untuk Tujuan Peribadi – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 13 April – Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk menggunakan dana Yayasan Akalbudi bagi tujuan peribadinya. Menurut Ahmad Zahid, 69, segala perbelanjaan yayasan yang ditubuhkan pada 1997 itu ditanggung olehnya secara peribadi. “Pada peringkat awal penubuhan (yayasan), sebahagian besar daripada […]

» Read more
1 1,033 1,034 1,035 1,036 1,037 2,038