Keprihatinan UMNO Terhadap Isu Kemanusiaan Dihargai

KUALA LUMPUR, 13 April – Keprihatinan UMNO terhadap isu kemanusiaan sentiasa dihargai malah turut menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Hal ini diakui oleh Pengarah Eksekutif Burma Human Rights Network (BHRN), Kyaw Win @ Muhamad Shoib yang mengadakan kunjungan kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan di pejabatnya, Menara Dato’ Onn, di sini hari ini.

Beliau mengetuai BHRN yang berpengkalan di London, beroperasi di banyak kawasan sekitar Myanmar.

“Misi utama adalah untuk menyebar kesedaran di peringkat antarabangsa tentang penindasan, pembunuhan dan penghapusan etnik terutama masyarakat Islam Rohingya,” katanya.

Sehubungan itu beliau mengucapkan terima kasih kepada Malaysia yang sangat prihatin dan menentang kekejaman yang berlaku serta berharap rakyatnya yang menumpang di sini dapat diberi pendidikan dan perlindungan.

Dilaporkan terdapat 2.5 juta Muslim terpaksa meninggalkan Burma, menjadi pelarian di beberapa negara kerana pembunuhan berlaku pada setiap hari terhadap tujuh juta Muslim yang ada.

Myanmar kini adalah negara pemerintahan tentera sejak rampasan kuasa pada I Februari tahun lalu dan masih bergolak pada setiap masa. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.