Himpunan Bersolidariti… Cukup-cukuplah Dap Perlekeh Bangsa, Raja Kita – Fadzli

KUANTAN, 1 Sept. – “Cukup-cukuplah Dap perlekeh bangsa dan raja kita dan cukup-cukuplah Dap politikkan isu penerokaan tanah haram serta pelaksanaan tulisan Jawi di Pahang.” Demikian tegas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berikutan situasi terkini dalam isu kerajaan negeri Pahang. Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai untuk hadir beramai-ramai ke ‘Himpunan Anti Peneroka Tanah Haram dan Penentang […]

» Read more

Malaysia Sekat Kemasukan Pemegang Pas Jangka Panjang Dari India, Indonesia, Filipina

PUTRAJAYA, 1 Sept – Malaysia akan menyekat kemasukan pemegang pas jangka panjang dari India, Indonesia dan Filipina bermula 7 Sept ini berikutan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 di negara-negara berkenaan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sekatan itu merangkumi enam kategori iaitu mereka berstatus pemastautin tetap (PR), Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), ekspatriat termasuk pemegang pas […]

» Read more

Peminjam Digesa Segera Hubungi Bank, Sahkan Status Lanjutan Moratorium – Shahar

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Kalangan individu yang memerlukan bantuan pembayaran balik pembiayaan digesa agar segera memberi maklum balas atau mengunjungi bank masing-masing bagi tujuan mengesahkan lanjutan moratorium yang ditawarkan. Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah berkata selain membantu peminjam yang masih memerlukan bantuan pasca moratorium, langkah itu juga penting bagi mengelak rekod kredit mereka buruk selepas September ini. […]

» Read more

Tiada Krisis Dalam Kepimpinan UMNO Sabah – Ahmad Zahid

KOTA KINABALU, 1 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan tiada krisis antara Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dengan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan. Kstanya, hal tersebut bukanlah krisis tetapi lebih merupakan perbezaan pendapat dalam keluarga. “Tidak ada krisis sebenarnya, ini hanya seperti berkocaknya air di dalam […]

» Read more

Pendidikan Rukun Negara Harus Diamalkan, Bukan Hiasan Semata-Mata – Halimah Sadique

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Penghayatan Rukun Negara yang akan dimasukkan ke dalam sistem pendidikan bukanlah sebagai hiasan semata-mata, sebaliknya ia perlu diamalkan, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique. Beliau berkata sistem pendidikan Rukun Negara adalah berkait rapat dengan perpaduan dan mencerminkan tanah air yang memiliki komposisi rakyat yang unik serta majmuk. “Kementerian yakin antara kunci kepada kejayaan […]

» Read more

Prasarana Lancar Inisiatif ‘RapidKL Free Car Boot Space@LRT’

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Selaras dengan tema hari Kebangsaan ‘Malaysia Prihatin’, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bergandingan dengan MRT Corp melancarkan inisiatif ‘RapidKL Free Car Boot Space@LRT’ yang merupakan lanjutan daripada program ‘Rapid KL Support Lokal’. Ujar Pengerusi kumpulan Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, inisiatif ini diadakan susulan daripada pengumuman Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika […]

» Read more

Rukun Negara Asas Perpaduan Nasional Dan Pembentukan Negara – Agong

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Rukun Negara yang lahir 50 tahun lepas sebagai asas kepada perpaduan nasional dan pembentukan negara ini, bukan sekadar untuk dijulang secara simbolik menerusi bacaan setiap kali negara menyambut Hari Kebangsaan, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdulllah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Sebaliknya, titah baginda, roh dan semangat rukun negara hendaklah dihayati dan diamalkan dalam setiap aspek […]

» Read more

Jangan Leka Kemenangan PRK, Jadikan Sungai Besar Dan Kuala Kangsar Sebagai Iktibar – Sharkar

TEMERLOH, 31 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Sharkar Shamsudin mengingatkan kepada setiap ahli UMNO agar jangan terleka dengan kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim. Jelas beliau, walaupun kemenangan tersebut menambah kegembiraan selepas Barisan Nasional (BN) menang di enam PRK yang lalu tetapi itu kemenangan di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar […]

» Read more

Serlahkan Nilai Patriotisme Sempena Hari Kemerdekaan Ke-63

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakkyat Malaysia serlahkan nilai-nilai patriotisme untuk Malaysia dalam norma baharu sempena Hari Kemerdekaan Negara kali ke-63. Katanya, kemerdekaan yang kita miliki ini terhasil dari tumpahan keringat, darah dan air mata setiap pejuang yang terdahulu. “Dalam mengisi kemerdekaan ini, seharusnya kita pertahankan […]

» Read more

Tema Malaysia Prihatin Gambaran Sebenar Keprihatinan Kerajaan Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, hari Kebangsaan ke-63 kali ini benar-benar memberi makna dan bersesuaian dengan temanya iaitu ‘Malaysia Prihatin’. Justeru jelas beliau, beberapa penambahbaikkan boleh dilakukan bagi terus membantu meringankan beban rakyat khususnya kaum wanita ketika negara masih dibelengu dengan pandemik COVID-19. “Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara telah memberi […]

» Read more
1 1,019 1,020 1,021 1,022 1,023 1,610