Serlahkan Nilai Patriotisme Sempena Hari Kemerdekaan Ke-63

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakkyat Malaysia serlahkan nilai-nilai patriotisme untuk Malaysia dalam norma baharu sempena Hari Kemerdekaan Negara kali ke-63.

Katanya, kemerdekaan yang kita miliki ini terhasil dari tumpahan keringat, darah dan air mata setiap pejuang yang terdahulu.

“Dalam mengisi kemerdekaan ini, seharusnya kita pertahankan kedaulatan negara berpaksikan prinsip Rukun Negara di samping membentuk warga yang cintakan keamanan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata demikian dalam kenyataan pendek sempena tarikh 31 Ogos iaitu Hari Kemerdekaan negara melalui laman Facebooknya hari ini. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.