Cubaan Ke Arah Undi Tidak Percaya Terus Gagal, Kerajaan Terus Tumpu Pada Rakyat – Ahmad Maslan

TANJUNG MALIM, 18 Ogos – Cubaan pembangkang di Dewan Rakyat ke arah usul undi tidak percaya sekali lagi tidak membuahkan hasil apabila pengundian yang berlangsung meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Peruntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020. Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan berkata jika sebelum ini dalam pemilihan Speaker baharu Dewan Rakyat, mereka mendapat undi 109 berbanding kerajaan yang berjaya mendapat […]

» Read more

Tidak Berprinsip Punca Tun Dr Mahathir Tidak Pilih Parti Dalam PH Wakili Calon Bebas?

  TANJUNG MALIM, 17 Ogos – Timbalan Menteri Luar Bandar, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata calon Bebas yang diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim memperlihatkan hakikat yang sebenarnya bahawa pembangkang seolah-olah tidak berprinsip. Ini kerana kata beliau yang juga Ahli Parlimen Lipis, mereka sebenarnya boleh sahaja memilih mana-mana […]

» Read more

Pakej Mohd Zaidi Mudahkan Kerja Kami Promosi Calon BN – Jentera

TANJUNG MALIM, 17 Ogos – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang memulakan tirainya pada Sabtu lalu kini telah memasuki hari ketiga berkempen yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz bersama dua lagi calon bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan Santhara Sekaran Subramaniam. Pusat-pusat Daerah Mengundi (PDM) mula bergerak dan masing-masing […]

» Read more

Kes Rasuah Guan Eng: Rakyat Jangan Terpedaya Drama Simpati Dap

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail melahirkan harapan agar rakyat tidak terpedaya dengan drama simpati yang dimainkan oleh Dap kononnnya bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dianiaya. Jelas beliau, seperti biasa Dap cuba menanam persepsi negatif di minda rakyat kononnya kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) bersikap tidak adil dan sengaja […]

» Read more

Mohd Zaidi Tidak Pandang Mudah Pertandingan Tiga Penjuru, Jumpa Seramai Mungkin Pengundi

TANJUNG MALIM, 17 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz melihat pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim merupakan satu keadaan yang tidak boleh dianggap selesa meskipun hanya berdepan dengan dua calon Bebas. Menurut beliau gerak kerja serta kempen dan proses merayu undi akan dipergiatkan serta diperhebatkan dalam usaha memastikan bukan sahaja […]

» Read more

Kerajaan Warisan/PH Sabah “Kelentong, Banyak Bohong…” – Ghazalie

TAWAU, 17 Ogos – Pengarah Komunikasi UMNO Negeri Sabah, Ghazalie Ansing berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini amat penting, ia agak berbeza dengan pilihan-pilihan raya sebelum ini. Katanya, PRN yang bakal berlangsung merupakan satu penanda aras ke mana hala tuju negeri Sabah harus dipacu. “Kita telah lihat sepanjang dua tahun setengah pemerintahan kerajaan Warisan (Parti Warisan Sabah) bersama Pakatan […]

» Read more

Jelajah PUMAS Diterima Baik Setiap Negeri, Perkasa Jentera Penerangan

PULAU PINANG, 17 Ogos – Jelajah Penerangan UMNO Malaysia (PUMAS) yang digerakkan ke negeri-negeri kini memasuki negeri keempat iaitu Pulau Pinang. Ketua Penerangan UMNO Malaysia Shahril Hamdan berkata, pendekatan yang dibawa dalam siri jelajah ini dilihat dapat diterima dengan baik di setiap bahagian. “Ini adalah salah satu inisiatif dalam usaha memperkasakan lagi empat peringkat jentera penerangan di seluruh negara bersesuaian […]

» Read more

Pengundi DUN Slim Diharap Beri Signal Jelas Dengan Memilih BN 29 Ogos Nanti – Ismail Sabri

TANJUNG MALIM, 16 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata  pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim perlu memberikan signal yang jelas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan dengan memilih calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz pada 29 Ogos nanti. Menurut beliau selepas ini akan diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang mungkin akan […]

» Read more

Cukuplah 22 Bulan Bersama PH, Menangkan Calon BN Di Slim – Hishammuddin

TANJUNG MALIM, 16 Ogos – Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, selepas melalui pentadibiran 22 bulan dalam keadaan tidak tentu dan perit di bawah Pakatan Harapan (PH), ternyata sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) bertambah kukuh. Katanya, ketika diuji mendapat sokongan sewaktu ada kuasa adalah mudah tapi dalam keadaan tidak ada kuasa amat […]

» Read more

Undi BN Untuk Bawa Suara Rakyat Dalam Sidang DUN – Mohd Zaidi

TANJUNG MALIM, 16 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz berharap para pengundi akan memilih BN bagi membolehkan suara rakyat terus didengar. Katanya, kemenangan BN amat penting demi kesinambungan pembangunan yang sangat penting kepada rakyat. “Saya berharap agar penduduk di sini boleh memberikan undi kepada saya. Saya akan cuba […]

» Read more
1 1,021 1,022 1,023 1,024 1,025 1,597