Pilih Yang Kompetan… Era Baharu Apa Mereka Nak Bawa Sedangkan BN Dah Laksana

PUTRAJAYA, 13 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menempelak parti lawan khususnya berkaitan manifesto yang mereka tawarkan sedangkan pelbagai janji yang sebelum ini ditabur tak dilaksana. Dalam hal ini, beliau mempersoalkan lawannya di Putrajaya dari Parti Perikatan Nasional (PN), Datuk Mohd Radzi Jidin yang menyandang jawatan Menteri Pendidikan lantaran tidak membuat apa-apa […]

» Read more

Ahli UMNO/BN Arau Pegang Janji Sebagai Pendukung Parti – Rozabil

ARAU, 13 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Arau, Datuk Rozabil Abdul Rahman memaklumkan beliau akan berjumpa seramai mungkin rakyat di kawasan ini bagi memperkenalkan dirinya menjaga amanah kemenangan parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. Beliau percaya bahawa dengan gerak kerja yang dilakukan oleh jentera akan memberikan impak terbaik dalam memenangi hati pengundi. “Sekarang ni saya […]

» Read more

Sokong Calon Parti Lawan, Dua Ketua Wanita Bahagian Digantung Keseluruhan Jawatan Sementara

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datin Seri Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim digantung keseluruhan jawatan di peringkat cawangan serta bahagian untuk sementara waktu akibat terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 ini. Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh […]

» Read more

Proses Demokrasi Pilih Kerajaan Terbaik Untuk Rakyat Dan Negara – Khaled

  KOTA TINGGI, 13 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata proses demokrasi membolehkan sesebuah kerajaan yang dipilih adalah yang terbaik untuk rakyat dan negara. Justeru katanya yang juga Naib Presiden UMNO, pertandingan dalam pilihan raya bukanlah untuk mencapai kemenangan semata-mata tetapi ianya juga adalah kemenangan untuk rakyat. “Proses demokrasi membolehkan kita  […]

» Read more

Dr Hafiz Mahu Tarik Pelabur Ke Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa

PENGKALAN CHEPA, 13 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin, 38, mahu memberi tumpuan serius dalam aspek peluang pekerjaan bagi mengatasi kadar pengangguran yang tidak terkawal di negeri ini. Beliau yang dikenali sebagai Dr Hafiz PC, Gu Kito memberitahu bahawa peluang pekerjaan merupakan tunjang kehidupan dalam sesebuah keluarga dan tanpa peluang pekerjaan anak […]

» Read more

Manifesto Shahril Untuk Alor Gajah, 13 Tawaran Lima KPI

MELAKA, 13 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) untuk Parlimen Alor Gajah, Shahril Hamdan mengambil roh dan semangat Perancangan Amal Dan Usaha (PADU) iaitu manifesto BN Pusat bagi menawarkan janji-jani terbaiknya kepada rakyat di sini. Katanya, selaku calon BN bagi Parlimen Alor Gajah, beliau memaklumkan bahawa prinsip dasar manifestonya sama dengan PADU iaitu menjanjikan yang terbaik. “Prinsip dasarnya sama: Kita […]

» Read more

BN Optimis Rampas Kembali Parlimen Tampin, Kuala Pilah – Mohamad

SEREMBAN, 13 Nov – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan optimis parti itu boleh merampas kembali kerusi Parlimen Tampin dan Kuala Pilah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Beliau yang juga calon Parlimen Rembau berkata pihaknya juga yakin mampu merampas Port Dickson yang dikuasai Pakatan Harapan ketika ini menerusi usaha dan gerak kerja yang kuat daripada jentera […]

» Read more

Jangan Pilih Parti Tawar Manifesto Retorik… Pilih Yang Realistik – Mahdzir

KEDAH, 12 Nov – Pengundi disaran memilih parti yang menawarkan manifesto yang lebih realisitik berdasarkan realiti semasa. Menurut Nasib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzri Khalid, ini kerana janji yang bulan bintang Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) hanya memakan diri dan menjadikan negara tidak stabil sehingga terpaksa bertukar kerajaan selama tiga kali dalam satu penggal. “Saya mengharapkan […]

» Read more

Jangan Lupa Sengsara 22 Bulan… Pelbagai Aset Negara Dijual, Kebajikan Rakyat Diperjudi – Norliza

JELEBU, 12 Nov – Rakyat diminta untuk mengambil iktibar serta tidak melupakan kesengsaraan yang mereka tempuhi ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah negara selama 22 bulan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, pelbagai kerosakan yang PH lakukan termasuklah menjual segala aset yang sebelum ini memberikan kemudahan kepada rakyat. “Saya bagi contoh isu Khazanah, mereka jual rantaian […]

» Read more

Macam-macam Lagi Fitnah Akan Keluar… Tapi Rakyat Boleh Menilai – Tengku Adnan

PUTRAJAYA, 12 Nov – “Kita tunggu saja fitnah-fitnah mereka tapi saya berkeyakinan bahawa rakyat matang, rakyat tahu dan rakyat boleh menilai.” Demikian jelas calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berikutan dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan ada anggota tentera khususnya dalam kawasan parlimen Bera di Pahang sudah mengundi untuk PRU […]

» Read more
1 9 10 11 12 13 28