Respon Pengundi Beri Isyarat Positif
 Kepada BN – Saiful Yazan

KUALA PILAH, 27 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol, Datuk Saiful Yazan Sulaiman berkata kempen yang dijalankan kini memberi tumpuan kepada program ziarah dari rumah ke rumah bagi mendekati pengundi secara lebih dekat. Menurut beliau, pada sebelah pagi pihaknya telah menziarahi kira-kira 16 rumah di Kampung Kepis Baru sebelum meneruskan program […]

» Read more

PRN N. Sembilan: Tiga Pertimbangan Utama Demi Masa Depan Negeri

SEREMBAN, 27 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan amat penting kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN), bukan sahaja untuk memastikan kemenangan calon parti, malah bagi membolehkan BN kembali membentuk kerajaan negeri. Menerusi satu hantaran di Facebook, Ahli Parlimen Kota Tinggi itu berkata rakyat perlu membuat pilihan yang tepat pada […]

» Read more

Sokongan Anak Muda Terhadap Persefahaman BN-PN Amat Baik

REMBAU, 27 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan anak muda memberikan sokongan yang amat baik terhadap persefahaman Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Ujarnya, beliau berharap agar sokongan tersebut bakal diterjemahkan di atas kertas undi pada 1 Ogos nanti. “Kalau (persefahaman) tak baik, saya dan Ketua […]

» Read more

PRN NS: Jangan Terpedaya Naratif Palsu Parti Lawan – Adnan

KUALA PILAH, 27 Julai – Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan berharap rakyat tidak termakan dengan helah dibawa pihak lawan pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian berkata ini kerana dalam mengharungi tempoh berkempen pihak lawan akan menimbulkan isu-isu yang tidak berasas dan memainkan persepsi bagi mempengaruhi pengundi. “Bagi saya, […]

» Read more

Persefahaman BN-PN Bawa Mesej Kestabilan Demi Masa Depan Negeri Sembilan

SEREMBAN, 26 Julai – Kehadiran pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di atas satu pentas dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bukan sekadar memenuhi jadual kempen, sebaliknya membawa mesej yang lebih besar iaitu mengutamakan kepentingan rakyat serta masa depan negeri. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, persefahaman yang terjalin antara kedua-dua […]

» Read more

‘Penyatuan Melayu Bukan Ancaman Kepada Kaum Lain’ – Dr Akmal

KUALA PILAH, 26 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh berkata usaha memperkukuh penyatuan orang Melayu tidak pernah bertujuan menafikan atau mengambil hak mana-mana kaum lain. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin berkata pihak yang berasa bimbang terhadap penyatuan tersebut seharusnya menjelaskan sebab kebimbangan itu kerana perjuangan BN adalah berdepan lawan politiknya iaitu Dap dan […]

» Read more

Pengundi Sendiri Luah Hasrat Mahu Undi BN, Ziarah Kasih UMNO Bukan Bermusim

JELEBU, 26 Julai – Program Ziarah Kasih yang dilaksanakan UMNO bukanlah aktiviti bermusim atau hanya ketika kempen pilihan raya, sebaliknya telah menjadi budaya serta amalan berterusan parti dalam mendekati dan menyantuni rakyat. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pendekatan turun padang menerusi Ziarah Kasih telah lama menjadi sebahagian daripada perjuangan parti dan digerakkan secara […]

» Read more

SWP Aktif Ziarah Kesihatan, Fokus Kesejahteraan Rakyat – Dr Masliha

KUALA PILAH, 26 Julai – Pengerusi Sekretariat Wanita Profesional (SWP), Dr. Masliha Harun, menyertai program Ziarah Kesihatan bersama Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah, S. Leza Md. Yasin, di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pekan Lama sebagai usaha menyantuni masyarakat serta mendekati rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN). Menurutnya, program tersebut bukan sekadar memberi perhatian terhadap […]

» Read more

Pembinaan 1,300 RKAT Bukti Komitmen Kerajaan Perkukuh Kebajikan Warga ATM

TAMPIN, 26 Julai – Pembinaan 1,300 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Syed Sirajuddin di Gemas membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkukuh kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tumpuan turut diberikan kepada aspek pendidikan anak-anak anggota tentera, sekali gus mencerminkan keprihatinan kerajaan. “Saya mengucapkan tahniah kerana di Kem Syed […]

» Read more

BN Amal Politik Kesederhanaan, Fokus Kestabilan Dan Perpaduan – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Barisan Nasional (BN) ialah gabungan politik pelbagai kaum yang telah membuktikan selama lebih enam dekad bahawa Malaysia mampu dibangunkan atas asas perkongsian kuasa, saling menghormati dan kesederhanaan. Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, rekod inilah yang menjadi kekuatan BN dalam memelihara kestabilan, keharmonian dan kemajuan negara. “Barisan Nasional menolak dan tidak […]

» Read more
1 10 11 12 13 14 24