Along Ambil Berat Pengembangan Bakat Anak Muda Asahan

ALOR GAJAH, 15 Nov – Asahan di bawah Barisan Nasional (BN) adalah Asahan yang meraikan bakat, kata calon BN Fairul Nizam Roslan, anak muda yang dipertaruhkan oleh parti untuk bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini. Ujar Fairul Nizam dalam satu hantaran di Facebook, ketika berkempen di Pekan Asahan, beliau turut berkesempatan singgah dan meninjau program kelas muzik yang […]

» Read more

Van Siar Raya ‘Undilah BN’, LED Bergerak Promosi Calon Hiasi Kempen

MASID TANAH, 15 Nov – Kempen Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) yang memasuki hari kelapan hari ini dan fasa kedua kempen memperlihatkan kreativiti serta pelbagai pendekatan parti-parti yang bertanding mempromosi calon mereka. Tiga parti utama yang meletakkan calon-calon masing seperti Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) serta Perikatan Nasional (PN) selain daripada Bebas menggerakkan jentera di pelbagai peringkat dalam usaha […]

» Read more

Hati-hati… Pihak Lawan Guna Pelbagai Cara Hendak Jatuhkan Calon BN – Mohamad Hasan

HANG TUAH JAYA, 15 Nov – Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihati anggota jentera Barisan Nasional (BN) agar berhati-hati dengan tindakan pihak lawan yang akan menggunakan pelbagai helah untuk menang dalam PRN terbabit. Menurutnya, pada PRN Melaka ini pelbagai cara dan helah pihak lawan lakukan untuk menjatuhkan calon BN. “Kita harap dapat mengekalkan kerusi DUN […]

» Read more

Kemudahan Internet, Peluang Pekerjaan Dan Pendidikan Fokus Dira

JASIN, 15 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar memberi penekanan kepada beberapa aspek termasuk kemudahan internet, peluang pekerjaan serta pendidikan sekiranya memperoleh kepercayaan pengundi di kawasan ini pada 20 Nov depan. Katanya, kemudahan internet menjadi tumpuan beliau kerana ianya merupakan suatu keperluan memandangkan segala urusan harian dilakukan menggunakan jalur lebar. […]

» Read more

PH Tak Boleh Dipercayai, ‘Track Record’ Gagal, PN Sama Dengan PH… Pilihlah BN – Puad

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan bahawa manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hanya retorik dan tidak boleh dipercayai. Katanya, PH ada track record ‘janji 100 hari’ yang gagal, malah satu pun tidak dipenuhi ketika 22 bulan memerintah. “Tidak perlu diulas panjang manifesto PH. Cukup mengambil […]

» Read more

Calon Wanita BN Mampu ‘Gegau’ Melaka – Rosnah

AYER KEROH, 15 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yakin calon wanita yang diketengahkan oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mampu menarik pengundi dan menggegarkan di tempat masing-masing. Menurut beliau, walaupun berbagai bangsa, umur dan latar belakang calon Wanita BN mampu memikat hati pengundi di kawasan mereka. “Saya kira dengan […]

» Read more

PH Perintah, Negara Kucar-kacir… Tiada Kebajikan Dan Ekonomi Merudum – Shanmugam

ALOR GAJAH, 15 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek, VP Shanmugam berkata ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir, negara ini tiada hala tuju yang jelas dan tiada perancangan yang nyata selain hanya memperlihatkan pentadbiran yang kucar-kacir. Menurut beliau dalam keadaan ekonomi dan pentadbiran yang tidak menentu rakyat cukup sedih dan marah angkara perbuatan pemimpin […]

» Read more

Rekod BN, 22 Bulan PH Penanda Aras Pengundi Buat Pilihan – Ahmad Maslan

MASJID TANAH, 14 Nov  – Segala pembangunan dan segala pelaksanaan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) sebelum ini merupakan penanda aras untuk pengundi membuat pilihan yang terbaik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov nanti. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika berkongsi pandangannya berpandangan soal kesihatan, ekonomi setempat termasuklah segala prasarana yang ada […]

» Read more

Abdul Razak Paparkan 10 Janji Buat Warga Telok Mas

MELAKA, 14 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas Abdul Razak Abdul Rahman memaparkan sepuluh janji untuk rakyat di kawasan berkenaan. Selain tetap kekal setia kepada parti bagi menjamin kestabilan demi kemakmuran rakyat, dapat dirangkumkan janji-janji beliau fokus kepada kebajikan, pendidikan dan kepentingan rakyat di pelbagai peringkat umur. Di dalam satu video yang dimuat […]

» Read more

Kak Som Akan Wujudkan Pengkalan Batu Job Store (PBJS), Pangkalan Data Peluang Kerjaya

TANGGA BATU, 14 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu Datuk Kalsom Noordin memberi komitmen akan mewujudkan Pengkalan Batu Job Store (PBJS) sekiranya dipilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov ini. Ini juga selaras dengan Teras 2 Lonjakan Ekonomi Baharu di dalam manifesto BN Melaka 5 Tahun bahawa Melaka Waterfront Economic Zone […]

» Read more
1 12 13 14 15 16 33