Abdul Razak Paparkan 10 Janji Buat Warga Telok Mas

MELAKA, 14 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas Abdul Razak Abdul Rahman memaparkan sepuluh janji untuk rakyat di kawasan berkenaan.

Selain tetap kekal setia kepada parti bagi menjamin kestabilan demi kemakmuran rakyat, dapat dirangkumkan janji-janji beliau fokus kepada kebajikan, pendidikan dan kepentingan rakyat di pelbagai peringkat umur.

Di dalam satu video yang dimuat naik di Facebook, Abdul Razak memaparkan kesemua janji-janjinya itu.

Berikut merupakan sepuluh aku janji Abdul Razak demi warga Telok Mas:

1. Kekal setia bersama BN bagi kestabilan demi kemakmuran.
2. Memberi perhatian kepada peniaga-peniaga kecil tempatan.
3. Membaik pulih dan menyelenggara fasiliti sukan.
4. Menjadikan dan seterusnya mempromosikan DUN Telok Mas sebagai lubuk pelancongan makanan ikan bakar.
5. Menyediakan kemudahan wifi/unifi di balai raya, surau dan masjid bagi kegunaan masyarakat setempat.
6. Memberi perhatian kepada golongan petani dan nelayan.
7. Tuisyen percuma di sekolah-sekolah di dalam kawasan DUN untuk murid-murid yang menduduki peperiksaan awam.
8. Bantuan ‘one-off’ bagi murid cemerlang peperiksaan awam.
9. Memastikan balai raya dibuka bagi tujuan aktiviti kemasyarakatan.
10. Pemberian 100kg beras bagi setiap perkahwinan kali pertama. – UMNO ONLINE