Perjuangan UMNO Mesti Selaras Dengan Keadaan Melayu Abad 21

SHAH ALAM, 3 Ogos – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dalam suasana politik hari ini UMNO perlu menghamparkan satu bentuk politik baru kepada orang Melayu secara khususnya dan kepada rakyat Malaysia secara amnya. Menurut beliau, UMNO kini kena berubah sebab selama ini parti itu hanya berfokus kepada perkara dalaman sahaja dan tidak memberikan fokus kepada perkara luaran. […]

» Read more

Pengundi DUN Sungai Kandis Diseru Suarakan Ketidakpuasan Hati Dengan Pilih BN Esok

KLANG, 3 Ogos – Rakyat perlu menyuarakan ketidakpuasan hati kepada kerajaan dengan memberikan undi kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis yang akan berlangsung esok, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Katanya, PRK adalah cara terbaik untuk dimanfaatkan sebagai signal bahawa rakyat menuntut kerajaan […]

» Read more

PRK Sungai Kandis: Pusingan Akhir Kempen BN Terus Dapat Sambutan

SHAH ALAM, 3 Ogos – Lagenda artis tanah air, Herman Tino meriahkan hari terakhir kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dengan mengajak pengundi untuk melakukan perubahan di Sungai Kandis pada hari mengundi esok. Kempen berkenaan yang diadakan di Kg Bukit Naga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pimpinan BN lain seperti Datuk […]

» Read more

BN Punyai Peluang Untuk Menang Di Sungai Kandis, Referendum Dari Rakyat

KLANG, 3 Ogos – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Barisan Nasional (BN) mendapati respon dan juga sambutan daripada pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) terhadap calon BN sepanjang tempoh berkempan di PRK Sungai Kandis ini amat menggalakkan sekali. Jelasnya, daripada kajian sikap yang dilakukan oleh pergerakan Wanita, Puteri dan Pemuda UMNO, ternyata pengundi di kawasan DUN […]

» Read more

PRK Sungai Kandis: 51,217 Pengundi Tunaikan Tanggungjawab Esok

SHAH ALAM, 3 Ogos – Seramai 51,217 pengundi bakal menunaikan tanggungjawab memilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, esok. Sebanyak 19 pusat mengundi dengan 109 saluran dibuka bermula 8 pagi hingga 5.30 petang. Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca pada sebelah pagi hujan dengan suhu antara 26 dan 29 darjah celsius, manakala petang diramalkan cerah dengan […]

» Read more

Apapun Keputusan Mengundi Esok, Jentera BN Akan Bantu Pas Di PRK Seri Setia – Calon BN

KLANG, 3 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis Datuk Lokman Noor Adam berkata, walau apapun keputusan di hari mengundi esok, UMNO dan NGO akan tetap membantu calon Pas di PRK Seri Setia. Jelas beliau, pendirian tidak rasmi UMNO untuk memberi laluan kepada Pas bertanding di PRK Seri Setia juga adalah satu keputusan yang […]

» Read more

Kerajaan Baru ‘Fobia’ Dengan Barisan Lama – Annuar

SHAH ALAM, 3 Ogos – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini yang mengambil alih negara daripada Barisan Nasional (BN) dilihat mempunyai penyakit dan fobia dengan kerajaan lalu, demikian menurut Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa. “Apabila diangkat menjadi kerajaan tolong tunaikan tanggungjawab kepada rakyat dan jangan cuba mencari alasan demi alasan. Tetapi kerajaan yang ada hari berpenyakit…kerajaan yang ada […]

» Read more

Kalau Kerajaan PH Hebat Buatlah Lebih Baik, Jangan Salahkan BN – Annuar

KLANG, 2 Ogos – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mencabar kerajaan baru hari ini untuk melakukan yang lebih baik tanpa menyalahkan kerajaan terdahulu. “Dalam parlimen saya tanya mereka… sekarang mereka dah dapat peluang, bukan soal menyalahkan kerajaan yang lama…saya kata kalau mereka hebat cuba atasi rekod yang telah dicapai oleh Barisan Nasional (BN)…kita cabar mereka buat yang lebih […]

» Read more

Kempen BN PRK DUN Sg Kandis Meriah…Cabaran Besar Kepada PKR

SHAH ALAM, 2 Ogos – Hidup…hidup rakyat…tolak…tolak PH… bangkit bangkit rakyat…undi…undi..BN. Itulah antara kata-kata semangat yang mengiringi ucapan pemimpin Barisan Nasional (BN) ketika sesi kempen dan ceramah termasuklah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandar Puteri di sini, malam tadi. Bertempat di perkarangan Apartmen Sri Ayu, Bandar Puteri, suasana kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis yang […]

» Read more

Pengundi Bakal Tolak Pakatan Harapan – Ahmad Zahid

SHAH ALAM, 2 Ogos – UMNO yakin pengundi PAS akan menolak calon Pakatan Harapan (PH) daripada PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Sabtu ini. Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hasan hari ini yang menghantar ‘isyarat’ bahawa parti itu kekal dengan […]

» Read more
1 2 3 4 8