Kempen BN PRK DUN Sg Kandis Meriah…Cabaran Besar Kepada PKR

SHAH ALAM, 2 Ogos – Hidup…hidup rakyat…tolak…tolak PH… bangkit bangkit rakyat…undi…undi..BN.

Itulah antara kata-kata semangat yang mengiringi ucapan pemimpin Barisan Nasional (BN) ketika sesi kempen dan ceramah termasuklah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandar Puteri di sini, malam tadi.

Bertempat di perkarangan Apartmen Sri Ayu, Bandar Puteri, suasana kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis yang berbaki dua hari cukup ceria dan makin meriah dengan kehadiran pimpinan utama parti khususnya Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selain mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak serta pimpinan lain.

Pada PRK DUN Sungai Kandis, Lokman Noor bakal berdepan calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni serta calon Bebas, K. Murthy.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafie dari PKR akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.