Jentera BN Tetap Bersemangat Biarpun Pertama Kali Sebagai Pembangkang

KLANG, 4 Ogos – Biarpun buat pertama kali turun sebagai parti pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN Sungai Kandis, jentera Barisan Nasional (BN) terutama perayu-perayu undi tetap bersemangat melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Dengan silih berganti, jentera perayu undi masing-masing tidak putus semangat walaupun cuaca telah panas terik dalam usaha membantu calon BN, Datuk Lokman Noor Adam pada pilihan raya kwcil berkenaan.

Sehingga ke tengah hari, perayu undi BN masih tidak berganjak daripada kawasan yang dibenarkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Malah kedatangan Pengarah Jentera BN PRK Sungai Kandis, Datuk Seri Mohamad Hasan menambahkan lagi suasana ceriaa serta kemeriahan di luar perkarangan Sekolah Kebangsaan Johan Setia.

Pimpinan utama Lain turut meriahkan suasana berkenaan seperti Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan serta pimpinan pelbagai peringkat lain.

Sebanyak 19 pusat pengundian dengan 109 saluran bagi PRK DUN Sungai Kandis dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 51,217 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Pusat pengundian yang melibatkan 18 buah sekolah dan sebuah dewan orang ramai akan ditutup pada pukul 5.30 petang.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong selepas kematian wakil rakyatnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, akibat kanser limfoma, 2 Julai lalu.

Mat Shuhaimi dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008 dan mempertahankan kerusi itu pada PRU-13 serta PRU-14 selepas nama DUN itu ditukar kepada Sungai Kandis susulan persempadanan semula kawasan pilihan raya. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.