Kerajaan Baru ‘Fobia’ Dengan Barisan Lama – Annuar

SHAH ALAM, 3 Ogos – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini yang mengambil alih negara daripada Barisan Nasional (BN) dilihat mempunyai penyakit dan fobia dengan kerajaan lalu, demikian menurut Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

“Apabila diangkat menjadi kerajaan tolong tunaikan tanggungjawab kepada rakyat dan jangan cuba mencari alasan demi alasan. Tetapi kerajaan yang ada hari berpenyakit…kerajaan yang ada sekarang fobia…kerajaan yang ada sekarang ada masalah apabila bangun sahaja di Parlimen asyik nak tuduh kerajaan terdahulu….

“Bangun sahaja nak salahkan kerajaan terdahulu, bangun sahaja nak sindir yang dahulu… yang kerja sekarang tak perlu nak buat. Pada hal kita bukan minta buat yang payah-payah… buat yang mudah sahaja… lagipun apa yang mereka sendiri tawarkan… ungkapan hari ini kita menang esok minyak kita turunkan… turunkanlah… apa lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di pentas Ceramah Rakyat Janji Manismu, Taman Sri Andalas, di sini malam tadi.

Annuar secara sinis menyatakan untuk melaksanakan apa yang dibangkitkan itu bukanlah perkara sukar.

“Nak turunkan harga minyak bukannya payah… menteri ‘sign’ sahaja mulai pukul 12 esok kami kerajaan PH yang telah diundi dengan hebat oleh rakyat Selangor mengarahkan minyak hanya pada harga pada RM1.50 satu liter.

“Kenapa tidak buat…kamu yang janjikan… yang letak 100 hari kamu… buat… silalah hapuskan tol. Hutang PTPTN juga kenapa pula tidak buat…,” katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh turun berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis. SPR telah menetapkan hari pengundian pada Sabtu ini. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.