‘Hanya UMNO Layak Perjuang Penyatuan Melayu’ – Khaled

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpandangan hanya UMNO merupakan parti yang paling layak memperjuangkan agenda penyatuan Melayu. Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata meskipun begitu masih terdapat suara sumbang yang mendakwa usaha penyatuan Melayu sebagai sesuatu yang rasis serta boleh menyebabkan bangsa lain berasa terancam dan tidak selamat. “Bila orang Melayu nak […]

» Read more

Pemuda OKU Cerebral Palsy Sertai UMNO, Kenang Jasa Pejuang

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Kekangan fizikal bukan penghalang buat Mohd Izzat Md Yusof, 43 tahun, seorang orang kurang upaya (OKU) yang menghidap cerebral palsy (CP) mengambil keputusan menyertai UMNO secara rasmi. Walaupun baru bergelar ahli UMNO, beliau berkata sokongan dan kesetiaannya terhadap parti itu bukan sesuatu yang baharu, sebaliknya lahir daripada rasa menghargai perjuangan serta pengorbanan pemimpin dan anggota […]

» Read more

Kelantan Sedia ‘Wala’ Apa Juga Arahan Presiden UMNO – Zawawi

KUALA LUMPUR, 12 Sept – UMNO Kelantan menegaskan untuk ‘wala’ mematuhi apa juga arahan Presiden parti, termasuk sekiranya diarahkan menjalin penyatuan dengan Pas demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri. Jurucakap Negeri Kelantan, Datuk Zawawi Othman berkata, pihaknya akan melihat sebarang usaha penyatuan dari sudut positif, khususnya jika ia mampu membawa sinar baharu kepada rakyat Kelantan. Menurut beliau, sekiranya penyatuan UMNO […]

» Read more

Selangor Perlukan Kerajaan Tahu Destinasi, Bukan ‘Recalculating’ – Noorazli Said

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Selangor perlukan kerajaan yang jelas hala tuju, bukannya pentadbiran yang sentiasa ‘recalculating’ dalam menentukan arah perjalanan negeri, kata Jurucakap Negeri Selangor, Datuk Noorazli Said. Beliau berkata, Selangor memerlukan kepimpinan yang mempunyai visi dan keberanian untuk menetapkan destinasi sejak awal, bukannya terus mencari arah selepas berdepan tekanan atau perubahan keadaan. “Selangor tidak perlukan kerajaan yang sentiasa […]

» Read more

Anak Muda Jangan Berada Dalam ‘Denial Syndrome’ – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru anak-anak muda untuk tidak berada dalam ‘denial syndrome’ mengenai soal perjuangan parti. Ini kerana katanya, UMNO sentiasa terbuka dalam menerima sebarang cadangan mahupun kritikan demi masa depan parti. “Peranan anak-anak muda dalam perjuangan parti cukup besar sebenarnya. Sebab merekalah yang akan mewarisi kepimpinan yang ada […]

» Read more

UMNO Mesti Kembali Jadi ‘Agenda Maker’ – Abu Jimi

KUALA LUMPUR, 12 Sept – UMNO mesti kembali menjadi ‘agenda maker’ dan bukan sekadar ‘king maker’ yang hanya diperlukan apabila pihak lain memerlukan sokongan atau angka kerusi, tegas Jurucakap Negeri Pahang, Datuk Abu Jimi Samat. Menurutnya, parti yang bertanggungjawab sebagai pembentuk agenda sepatutnya memberi tumpuan kepada perbahasan dasar parti dan kerajaan, termasuk mengemukakan cadangan penambahbaikan terhadap perkara yang sebelum ini […]

» Read more

Gen Z Teruja Keterbukaan UMNO, Banyak Jasa Kepada Negara

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 menjadi platform untuk anak muda mengenali dengan lebih dekat perjuangan dan gerak kerja parti, selain membuka ruang kepada golongan berkenaan mengikuti perbahasan serta perkembangan semasa UMNO. Bagi anak muda dari Kota Tinggi, Johor, Muhammad Nazri Azmi, 24 tahun, beliau berkata keterbukaan PAU 2026 yang dilihat lebih mesra generasi muda memberi […]

» Read more

UMNOSiswa Sedia Jadi Penyambung Perjuangan, Kekal Bersama Parti – Hattim Iqbal

KUALA LUMPUR, 12 Sept – UMNOSiswa menegaskan komitmennya untuk terus menjadi penyambung perjuangan dan legasi UMNO, khususnya dalam mendepani cabaran politik serta memastikan suara generasi muda terus menjadi sebahagian daripada agenda parti. Jurucakap UMNOSiswa, Muhammad Hattim Iqbal Ghazali berkata, anak muda hari ini bukan sekadar pewaris perjuangan, sebaliknya mempunyai tanggungjawab besar untuk menyambung legasi dan harapan bangsa demi masa depan. […]

» Read more

UMNO Tidak ‘Tebuk Atap’, Kekal Pertahan Kestabilan Kerajaan Perpaduan Hingga PRU

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa UMNO/Barisan Nasional (BN) kekal mempertahankan kestabilan Kerajaan Perpaduan sehingga hujung penggal. Beliau yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkata, UMNO masih berpegang kepada Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia dan tidak akan melakukan perubahan terhadap kerajaan. “Dia (hubungan Kerajaan Perpaduan) tidak ‘retak menanti belah’. Kita […]

» Read more

Wanita UMNO Kekal Perjuangkan Kuota 30 Peratus Pembuat Dasar

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Penghargaan yang diberikan kepada golongan wanita dalam setiap sumbangan kepada masyarakat dan gerak kerja parti amat dihargai dan paling penting adalah ia mesti diterjemahkan dengan memberi kepercayaan yang sewajarnya kepada golongan itu sebagai pembuat dasar dan pembuat keputusan. Demikian kata Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat Haliza Abdullah, wakil Wanita UMNO Malaysia dalam membahas Usul […]

» Read more
1 2 3 4 5 6 … 19