Pembangkang Gentar Lihat Kesepaduan 19 Parti Yang Mendukung Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Pembahas mewakili Selangor untuk Perhimpunan Agung Wanita UMNO, Naz Azra Sabtu berpandangan pembangkang sebenarnya gentar melihat kesepaduan yang dicapai oleh parti-parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan. Beliau malah menitipkan pesanan kepada ahli UMNO untuk tidak cepat melatah apabila parti dilabelkan dengan pelbagai perkara negatif kerana ini adalah langkah pihak lawan untuk membuatkan parti keramat ini lemah […]

» Read more

UMNO Mesti Perkukuhkan Pengkaderan Politik – Sollehin

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Pembahas Perak Mohammad Sollehin Mohamad Tajie berharap kerjasama daripada ahli parti amat diperlukan agar dapat membangunkan semula UMNO. Ketika berucap membahaskan usul ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023, beliau berkata UMNO perlu serius dalam perkaderan kepada ahli khususnya anak-anak muda supaya mereka dapat memahami perjuangan UMNO. “Kita harus ada pertubuhan perkaderan […]

» Read more

‘Produce Argument’ Sebanyak Mungkin, Bukan Lagi Masa Bertahan – Zaidi

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Wakil UMNO Pulau Pinang, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata parti itu perlu ‘produce argument’ sebanyak mungkin dan tidak lagi mengambil sikap bertahan. Jelas beliau keadaan itu yang berterusan menyebabkan pihak lawan terus menerus menjadikan UMNO sebagai sasaran dengan gerakan yang cukup tersusun. “Kita bercakap setiap hari membawa sentimen..sedangkan mereka ini (pihak lawan) ‘produce argument’ […]

» Read more

Mohd Zaidi Bawa Dialog Filem Tiga Abdul Gambarkan Suasana Pasca PRU

KUALA LUMPUR, 9 Jun – “Wowww..,berniaga orang lagi untung daripada berniaga unta…” Ini adalah antara dialog di dalam filem Tiga Abdul lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang dibangkitkan oleh Ketua UMNO Bahagian Bangi, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain ketika mengimbau pelbagai peristiwa yang berlaku pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan 15. Menurut beliau pasca PRU lalu terdapat juga […]

» Read more

UMNO Lulus Pindaan Perlembagaan Mudahkan Permohonan Keahlian Baharu Parti

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Perhimpunan Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi permohonan keahlian baharu. Pindaan itu melibatkan tiga Fasal Utama iaitu Fasal 5, Fasal 10 dan Fasal 18 yang menyentuh soal pendaftaran keahlian dan tanggungjawab Majlis Tertinggi (MT). Kelulusan sebulat suara pindaan itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap […]

» Read more

Ucapan Dasar Presiden UMNO Padat Misi Dan Visi Parti Untuk Masa Depan – Mohd Rafi

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 dianggap cukup berani malah padat dengan misi dan visi untuk masa depan. Demikian pandangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berkaitan ucapan dasar oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam PAU2023 yang julung kali dilaksana selepas pemilihan UMNO Mac lalu. Kata […]

» Read more

Dr Sheikh Muszaphar Beri Sumbangan Kepada Tabung Pendidikan Melayu, Hargai Pendekatan UMNO

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Yayasan Angkasawan Negara menghargai pendekatan UMNO yang menubuhkan Tabung Pendidikan Melayu bagi membantu pelajar yang memerlukan pembiayaan untuk melanjutkan pelajaran. Cakna dengan tabung tersebut, Presidennya, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor menyampaikan sumbangan sebagai simbolik kepada tekad yayasan itu dalam membantu anak-anak Melayu dalam pendidikan mereka. “Alhamdulillah saya diberitahu UMNO menubuhkan Tabung Pendidikan Melayu jadi saya […]

» Read more

Ucapan Dasar Presiden Memberangsangkan, Penuh Fakta Membangun Negara Bangsa – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berpandangan bahawa ucapan dasar yang disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi amat memberangsangkan dan penuh dengan fakta terutamanya dalam membangun negara bangsa. Jelasnya berdasarkan intipati ucapan dasar itu, UMNO akan sentiasa mempertahankan perlembagaan negara yang berkaitan dengan agama, bangsa […]

» Read more

Azalina Tegaskan Perhimpunan Agung UMNO Tonggak Penting Perjalanan Perjuangan Parti

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun ini adalah tonggak penting dalam perjalanan perjuangan parti. Ini kerana katanya, ia memberi kita peluang untuk mengukuhkan semangat solidariti, memperkukuhkan prinsip-prinsip parti dan membina momentum bagi melangkah ke hadapan. “Saya berharap agar kita semua dapat bersatu padu, menghadapi setiap cabaran dengan […]

» Read more

Ketepikan Kepentingan Politik, Utamakan Kesejahteraan Rakyat – Perwakilan

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Bendahari Pergerakan Puteri UMNO Pahang, Nur Hazirah Zahaludin berpandangan kerajaan ini merupakan satu kerajaan yang menggabungkan wakil dari pelbagai politik menuntut parti dan semua pemimpin untuk mengetepikan kepentingan politik dan parti masing-masing demi kepentingan rakyat dan negara. Menurutnya ini adalah demi untuk mewujudkan sebuah negara yang kuat, sejahtera dan makmur serta stabil. “Kita perlu menghentikan […]

» Read more
1 5 6 7 8 9 16