Perhimpunan Agung UMNO Labuh Tirai Penuh Ukhuwah – Sharkar

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Perhimpunan Agong UMNO 2021 yang menutup tirainya dengan memberi seribu makna kepada ahli parti seluruh negara.

Bagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, perhimpunan yang menggambarkan permuafakatan terus terpahat dan parti terus mara melangkah ke depan.

“Perhimpunan Agung UMNO yang bermula Rabu lalu dan berakhir Sabtu memberi makna segala-galanya kepada parti. Ternyata semalam penutup penuh kesayuan dan kasih sayang. Ternyata ukkhuwah yang dibina akan terus kukuh,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online.

Beliau yang juga Ketua UMNO bahagian Temerloh seterusnya melahirkan penghargaan kepada seluruh pimpinan parti dan ahli UMNO yang kekal istiqamah dalam memperjuangkan UMNO untuk terus membawa suara rakyat.

“Terima kasih Presiden, Timbalan Presiden, Perdana Menteri, Naib-Naib Presiden dan MKT serta seluruh warga UMNO.

“Bermula dengan pembangkang sekarang UMNO menguasai lima negeri dan PM dari UMNO. Insya-Allah kita akan terus sama-sama berjuang demi UMNO dan rakyat seluruhnya.” – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.