KWSP: Bukti Kerajaan Pimpinan UMNO Prihatin Rakyat – Norliza

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim meluahkan penghargaan kepada kerajaan dengan kebenaran pengeluaran khas simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM10,000. Katanya, ini menunjukkan komitmen kerajaan yang prihatin dengan kebajikan dan kemahuan rakyat yang terjejas pasca COVID-19. “Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah meluluskan pengeluaran KWSP RM 10,000 saya […]

» Read more

KWSP RM10,000: Syukur Desakan UMNO Berjaya – Zahid

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Hasil kesungguhan dan usaha secara istiqamah UMNO, akhirnya hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memutuskan untuk membenarkan pengeluaran sekali gus RM10 ribu dari simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh mereka yang memerlukan. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa syukur syukur kerana akhirnya usaha yang diperjuangkan UMNO […]

» Read more

Skuad Sayang Lonjak Peranan Wanita Mencakupi Aspek Modal Insan – Noraini

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berpandangan Skuad Sayang memainkan peranannya yang tersendiri malah mampu melonjakkan status penubuhannya lebih daripada sekadar sebuah entiti kebajikan dan kesukarelawanan. Katanya, meskipun berdepan pelbagai cabaran namun ianya tidak mematahkan semangat skuad ini untuk berbakti kepada masyarakat. “Kita telah melebarkan fungsi Skuad Sayang dua tahun lalu, dengan […]

» Read more

Konflik Rusia-Ukraine Tidak Beri Implikasi Terhadap Perolehan Aset Pertahanan Negara

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Konflik Rusia-Ukraine tidak memberi implikasi besar terhadap perolehan dan perancangan aset pertahanan negara mahupun kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam memelihara keselamatan, kestabilan dan kedaulatan negara. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya sentiasa mengambil pendekatan untuk mempelbagaikan perolehan aset-aset strategik sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada negara tertentu. “Bagi memastikan tahap kesiapsiagaan […]

» Read more

Skuad Sabil Komponen Penting PAU, Petugas Sukarelawan Teruja Berkhidmat

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Perhimpunan Agung UMNO 2021 menyaksikan penganjurannya kali kedua ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19. Di sebalik kesedaran ahli UMNO dan perwakilan yang hadir dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP), ada insan penting yang berperanan dalam mengawal pergerakan memastikan kelancaran sepanjang pelaksanaan himpunan terbesar parti Melayu ini. Pasukan sukarelawan di bawah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Skuad […]

» Read more

Momentum, Aura Kemenangan PRN Beri Kekuatan Ahli – Perwakilan

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang bermula hari ini menjadikan persidangan itu sebagai pentas menyampaikan suara akar umbi yang menjadi tunjang kekuatan parti. Ia akan dimulakan dengan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada jam 8 malam ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini yang akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden […]

» Read more

Berbahaslah… Bawalah Cadangan Untuk Parti, Kesejahteraan Rakyat

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berharap para pembahas pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang akan bermula hari ini dapat membawa cadangan dan lontaran pandangan untuk dikupas bersama-sama. Menurut beliau banyak perkara boleh disentuh melibatkan kepentingan rakyat antaranya soal pengangguran, pendapatan, ekonomi, pelajaran dan sebagainya lagi. “Kita alu-alukan pembahas yang mewakili negeri masing-masing. Berbahaslah…bawalah […]

» Read more

Kerajaan Benar Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 16 Mac – Kerajaan hari ini membenarkan pengeluaran khas caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik COVID-19. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun keputusan itu sukar dibuat kerana melibatkan simpanan hari tua rakyat, namun pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak […]

» Read more

Kepentingan Rakyat Agenda Perjuangan UMNO

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Jurucakap Usul bagi Perhimpunan Agung UMNO, Muhammad Faiz Hashim berkata momentum akar umbi UMNO akan terus kekal sehingga menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15). Ini kerana semangat akar umbi UMNO begitu ketara selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini. “Saya nampak semangat akar umbi UMNO telah kembali pulih terutama menjelang PRU ke-15 dan […]

» Read more

Semangat Kemenangan Dua PRN Dibawa Ke PAU 2021

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang bermula hari ini menjadi detik amat bersejarah dan dinanti-nantikan oleh semua perwakilan, menurut Jurucakap Usul PAU, Datuk Mustafa Musa. Katanya, perhimpunan kali ini membawa semangat selepas kemenangan bergaya Barisan Nasional (BN) memenangi dua Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Melaka dan Johor. “Lebih menarik lagi pada Perhimpunan Agung UMNO kerana baharu […]

» Read more
1 958 959 960 961 962 1,901