Kepentingan Rakyat Agenda Perjuangan UMNO

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Jurucakap Usul bagi Perhimpunan Agung UMNO, Muhammad Faiz Hashim berkata momentum akar umbi UMNO akan terus kekal sehingga menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15).

Ini kerana semangat akar umbi UMNO begitu ketara selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

“Saya nampak semangat akar umbi UMNO telah kembali pulih terutama menjelang PRU ke-15 dan semangat ini terbawa-bawa oleh kemenangan pada PRN Sabah, Melaka dan Johor.

“Insya-Allah… kemungkinan ini adalah satu persidangan terakhir sebelum menghadapi PRU ke-15 dan semangat ahli parti terutama akar umbi begitu membara ketika ini,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO berharap apa yang dilakukan oleh pimpinan UMNO dapat melakukan yang terbaik demi rakyat.

“Saya mengesyorkan supaya lakukan yang terbaik demi rakyat. Pemimpin UMNO ini sebenarnya ‘hamba’ pada rakyat, tanpa kepercayaan daripada rakyat… siapalah kita.

“Sebagai pemimpin yang diangkat oleh rakyat agenda perjuangan UMNO paling penting adalah kepada rakyat. UMNO perlu menjadi suara pada rakyat, perjuangkan hak rakyat dan perlu jadi juara pada rakyat,” ujarnya.

Sementara itu menurut Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang, Mohd Farid Mohd Noor menjelaskan Perhimpunan Agung UMNO tahun ini menjadi wadah kebangkitan UMNO pada masa hadapan.

“Saya harap pada PAU ini ianya menjadi satu wadah kebangkitan UMNO dan perlu menjadi parti untuk masa hadapan serta memberi harapan pada orang muda dan menjadi parti yang ‘responsif’ serta peka terhadap masalah rakyat.

Setiap apa yang ingin diputuskan dapat berbincang bersama dan lihat baik buruknya baru buat keputusan serta dapat mengurangkan ‘politiking’ sesama ahli UMNO. Akar umbi UMNO akan setia, taat dan akur apa jua yang diputuskan oleh parti,” tegasnya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.