KWSP: Bukti Kerajaan Pimpinan UMNO Prihatin Rakyat – Norliza


KUALA LUMPUR, 16 Mac – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim meluahkan penghargaan kepada kerajaan dengan kebenaran pengeluaran khas simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM10,000.

Katanya, ini menunjukkan komitmen kerajaan yang prihatin dengan kebajikan dan kemahuan rakyat yang terjejas pasca COVID-19.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah meluluskan pengeluaran KWSP RM 10,000 saya amat mengalu-alukan dan sudah tentu rakyat sangat gembira dengan pengumuman ini.

“UMNO sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat jadi rakyat harus ambil peluang ini dan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pilihlah parti yang betul-betul membuktikan bahawa mampu mentadbir dengan baik.

“Kepimpinan UMNO harus teruskan itu, inilah bezanya apabila UMNO tadbir negara ini,” katanya lagi.

Dilaporkan, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO hari ini membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik COVID-19.

Perdana Menteri berkata walaupun keputusan itu sukar dibuat kerana melibatkan simpanan hari tua rakyat, namun pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.