Hari Harta Intelek Ruang Belia Ubah Idea Jadi Nyata – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 26 April – Hari Harta Intelek Negara 2022 adalah ruang untuk golongan belia mengetahui bagaimana harta intelek boleh menyokong matlamat mereka serta membantu mengubah idea mereka menjadi nyata, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurutnya harta intelek juga berupaya menjana pendapatan, mencipta pekerjaan dan memberi kesan positif kepada dunia di sekeliling belia. “Belia kita adalah pencipta […]

» Read more

PPBM Terdesak… Selepas Tikam Belakang Hendak Rujuk Dap, Pejuang – Rahman

KUALA LUMPUR, 26 April – Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Dr Abd Rahman Bakri berkata, dalam mendepani apa juga situasi Barisan Nasional (BN) harus berwaspada dan perlu kekal fokus melaksanakan politik khidmat bakti kepada rakyat. Katanya, berkaitan hasrat Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjalinkan kerjasama dengan parti-parti politik lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), beliau berpandangan sudah […]

» Read more

Penantian 679 Peneroka Felda Dapatkan Geran Hak Milik Tanah Berakhir

MERSING, 26 April – Penantian sekian lama oleh 679 peneroka Felda Tenggaroh 2 dan Felda Tenggaroh Timur 1 di sini, untuk mendapatkan geran hak milik tanah mereka berakhir semalam Kesemua mereka menerima geran berkenaan daripada Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi pada satu majlis di sini, hari ini. Menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini, Onn Hafiz berharap pemberian […]

» Read more

Demi Kepentingan Peribadi Dan Kuasa, Tak Mustahil Wujud PH 2.0 Untuk Perdaya Rakyat – Azhari

KUALA LUMPUR, 25 April – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berpandangan sinis dengan gabungan antara parti yang bakal dibentuk seperti yang dimaklumkan oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muyiddin Yassin. Bagaimanapun katanya tidak mustahil gabungan di antara PPBM dan parti lain itu akan terbentuk namun jelas beliau ianya juga diibarat seperti menyatukan kembali parti-parti yang pernah memperdaya rakyat […]

» Read more

Pahang Tawar Program Profesional Pentadbiran Awam Dengan Kerjasama UnipSAS

KUANTAN, 25 April – Kerajaan Pahang dengan kerjasama Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) menawarkan program profesional pentadbiran awam, khusus dengan matlamat meningkatkan produktiviti, integriti dan kualiti kakitangan awam kerajaan negeri. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ia merupakan program bertaraf sijil melibatkan kelas secara dalam talian selama empat bulan, dan antara bidang pembelajarannya meliputi kaunseling, […]

» Read more

Tol Percuma, Diskaun Tol Hingga 50 Peratus Sempena Aidilfitri – PM

KUALA LUMPUR, 25 April – Kerajaan bersetuju memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata pemberian tol percuma itu adalah pada Sabtu dan Ahad ini, serta 7 dan 8 Mei depan untuk perjalanan pulang semula ke kediaman […]

» Read more

Apakah Akan Berulang PH 2.0…? Demi Kuasa Sanggup Korban Prinsip – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 25 April – Semalam PresidenParti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor memaklumkan bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik bagi memastikan Barisan Nasional (BN) berdepan saingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. Sehubungan itu, Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dalam hantaran menerusi laman […]

» Read more

Lebih 73,000 Peserta FELCRA Terima Keuntungan Boleh Agih Akhir 2021 Fasa 2

SANDAKAN, 25 April – Lebih 73,000 peserta Felcra Bhd di seluruh negara menerima Keuntungan Boleh Agih Akhir 2021 bagi Fasa 2 Projek-projek Peserta Felcra Malaysia 2021 berjumlah RM136.4 juta yang telah dibayar bermula Jumaat lepas. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata agihan keuntungan pada kadar purata RM2,755 per hektar itu dijangka akan selesai keseluruhan pembayaran pada pertengahan […]

» Read more

Program MARA Prihatin Bantu Lebih 1,300 Pelajar Di Pahang

KUANTAN, 25 April – Lebih 1,300 pelajar daripada keluarga B40 dan asnaf di Pahang telah menerima manfaat sumbangan bantuan persekolahan di bawah program MARA Prihatin sejak awal tahun ini melibatkan peruntukan berjumlah RM160,500. Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata sumbangan itu diharap dapat mengurangkan beban yang ditanggung keluarga kurang berkemampuan selain memberi galakan untuk pelajar […]

» Read more

PM Beri Penghormatan Terakhir Kepada Ali Hamsa

PUTRAJAYA, 25 April – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa di kediaman bekas Ketua Setiausaha Negara itu di Presint 10 di sini. Ismail Sabri tiba di rumah Ali kira-kira 9.42 pagi dan bertemu dengan ahli keluarga Allahyarham untuk bertanya khabar, sebelum meninggalkan kediaman tersebut pada kira-kira 10.06 […]

» Read more
1 937 938 939 940 941 1,904