Wanita UMNO Rakam Takziah, Harap Mangsa Banjir Bersabar Dengan Musibah – Norshida

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berharap mangsa insiden banjir dan fenomena kepala air yang berlaku di Baling bersabar dengan musibah yang melanda apatah lagi tinggal beberapa hari sahaja seluruh umat Islam bakal menyambut Aidiladha. Dalam satu kenyataan, beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa korban dan seluruh mangsa yang terlibat dengan banjir tersebut […]

» Read more

PPBM Tak Malu Pada Rakyat, Bab Jawatan Pandai Pula Berbicara Soal Janji – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoal kewajaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika ini. Katanya ini kerana, adalah lebih baik menyerahkan mandat kepada rakyat melalui Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) daripada menunjukkan sikap sebenar PPBM yang tamakkkan kuasa. “Ini bukan masanya menuntut jawatan Timbalan […]

» Read more

Rungutan Kenaikan Harga Barang Perlu Segera Ditangani, Rakyat Terhimpit – Tengku Adnan

PUTRAJAYA, 6 Julai – Hal berkaitan kenaikan harga barangan telah membawa kepada rungutan dalam kalangan masyarakat di seluruh negara, termasuk para peniaga dan pembeli. Sehubungan itu, Bendahari UMNO merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berharap agar mekanisme untuk membantu rakyat yang sekarang ini terhimpit ekoran kenaikan harga barang di pasaran perlu diaplikasi secepatnya. Katanya, rakyat merasai […]

» Read more

Tragedi Baling: ATM Bina Jambatan Bailey – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membina jambatan Bailey berikutan jambatan menghubungkan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi, Baling di Kedah roboh akibat banjir kilat dan tragedi kepala air, Isnin lepas. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau mengarahkan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) untuk membina jambatan berkenaan. “Menteri KPLB (Kementerian Pembangunan Luar […]

» Read more

Berkhidmatlah Dengan Ikhlas… Onn Hafiz Bidas Dap Guna Taktik Hasut Rakyat, Fitnah Untuk Menang PRU

JOHOR BAHRU, 6 Julai – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas pembangkang khususnya Dap yang menggunakan pendekatan menghasut rakyat untuk turun ke jalanan bagi menyelesaikan isu kenaikan harga barang. Ini kerana katanya, kononnya kata mereka pemimpin-pemimpin kerajaan sedang dibuai lena. “Sebagai contoh baru-baru ini pemimpin tertinggi daripada Dap telah menghasut rakyat untuk pergi ke jalanan bagi menyelesaikan isu […]

» Read more

Bukan Masa Sesuai Naikkan OPR, Beri Impak Besar Kepada Rakyat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan kebimbangan dengan ura-ura peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia. Katanya meskipun peningkatan OPR sebanyak beberapa mata asas kelihatan kecil namun impaknya kepada rakyat adalah amat besar. “Sesebuah keluarga yang mempunyai beberapa pinjaman bank seperti pinjaman rumah, pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi akan […]

» Read more

PM Ucap Takziah Atas Pemergian S.Subramaniam

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah atas pemergian bekas Timbalan Presiden MIC Tan Sri S. Subramaniam, 78, yang meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya, Selangor malam tadi. Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook berkata mendiang, yang juga bekas Ahli Parlimen Damansara dan Ahli Parlimen Segamat, banyak menabur bakti kepada Keluarga […]

» Read more

Ahmad Maslan Sertai Lawatan Kerja Parlimen Malaysia Ke Singapura, Perkukuh Hubungan

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Parlimen Malaysia melakukan lawatan rasmi ke Parlimen Singapura sebagai memperkukuh hubungan kedua-dua badan penggubal undang-undang tertinggi negara. Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi perkongsian beliau di Twitter memaklumkan ianya dihadiri oleh Speaker Dewan Negara, Tan Sri Azhar Azizan Harun dan dua Ahli Parlimen lain. “Lawatan kerja Speaker Dewan Negara, Tan Sri Azhar Azizan […]

» Read more

Tambahan Anggota Bomba Ke Baling Ikut Situasi Semasa – Reezal Merican

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Tambahan anggota bomba dari negeri lain untuk membantu mangsa banjir di Baling, Kedah akan disalurkan dengan segera berdasarkan situasi serta keperluan semasa, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Beliau berkata setakat ini, kekuatan pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) adalah seramai 146 orang melibatkan […]

» Read more

Malaysia Pertimbang Pilihan Dapatkan Sumber Gandum Dari Turkiye – PM Ismail Sabri

ISTANBUL, 6 Julai – Malaysia berhasrat untuk mempelbagaikan sumber makanan importnya, termasuk kemungkinan membeli tepung gandum dari Turkiye ketika dunia terus mengalami kekangan bekalan, lonjakan harga makanan serta inflasi. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tiba di sini bagi memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Turkiye, berkata aspek jaminan keselamatan makanan juga adalah antara komponen utama dalam […]

» Read more
1 899 900 901 902 903 1,911