Ahmad Maslan Sertai Lawatan Kerja Parlimen Malaysia Ke Singapura, Perkukuh Hubungan

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Parlimen Malaysia melakukan lawatan rasmi ke Parlimen Singapura sebagai memperkukuh hubungan kedua-dua badan penggubal undang-undang tertinggi negara.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi perkongsian beliau di Twitter memaklumkan ianya dihadiri oleh Speaker Dewan Negara, Tan Sri Azhar Azizan Harun dan dua Ahli Parlimen lain.

“Lawatan kerja Speaker Dewan Negara, Tan Sri Azhar Azizan Harun dan tiga Ahli Parlimen ke Singapura yang saya turut sama bertujuan untuk rapatkan hubungan win-win dua negara.

“Antaranya Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim; Ahli Parlimen Batu Gajah Sivakumar Varatharaju Naidu dan kehadiran Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura yang baharu, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar,” katanya menerusi ciapannya pagi tadi.

Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO memaklumkan pelbagai perkara dibincangkan termasuk bertukar pendapat mengenai perkembangan semasa kedua-dua negara.

“Antara program perbincangan dengan beberapa Menteri, Ahli Parlimen, Timbalan Speaker, wakil persatuan rakyat Malaysia Singapore dan pegawai-pegawai kedutaan.

“Saya juga berkesempatan melihat sidang yang dihadiri sama Perdana Menteri, Lee Hsien Loong beserta lukisan keadaan dalam Dewan.

“Singapore destinasi eksport kedua selepas China yang juga sumber import kedua Malaysia,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.