Berkhidmatlah Dengan Ikhlas… Onn Hafiz Bidas Dap Guna Taktik Hasut Rakyat, Fitnah Untuk Menang PRU

JOHOR BAHRU, 6 Julai – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas pembangkang khususnya Dap yang menggunakan pendekatan menghasut rakyat untuk turun ke jalanan bagi menyelesaikan isu kenaikan harga barang.

Ini kerana katanya, kononnya kata mereka pemimpin-pemimpin kerajaan sedang dibuai lena.

“Sebagai contoh baru-baru ini pemimpin tertinggi daripada Dap telah menghasut rakyat untuk pergi ke jalanan bagi menyelesaikan isu kenaikan harga barang kononnya pemimpin-pemimpin sedai dibuai lena.

“Adakah dia lupa bahawa Kerajaan Negeri Johor baharu saja membantu rakyat dengan Bantuan Kasih Bangsa Johor yang melibatkan peruntukan RM144 juta,” soalnya.

Tegas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, taktik lama menghasut rakyat ke jalanan dan melemparkan fitnah yang tidak berasas semata-mata untuk memenangi pilihan raya yang akan datang tidak boleh diterima sama sekali.

“Berkhidmatlah dengan ikhlas demi rakyat,” bidasnya.

Terdahulu beliau sangat mengalu-alukan mana-mana pihak termasuk pihak pembangkang yang mahu membantu dan bersama kerajaan demi rakyat.

“Namun saya telah mengingatkan Dap Johor bahawa hubungan bipartisan yang dicadangkan memerlukan keikhlasan daripada kedua-dua belah pihak untuk mencapai matlamat yang dihasratkan.

“Mencadangkan bipartisan approach demi kepentingan rakyat saya sangat bersetuju namun ia perlu keikhlasan untuk mencapai matlamat, jangan dalam Dewan cakap lain tapi dalam Facebook cakap lain… jangan jadi talam dua muka.

“Dalam menyelesaikan apa jua masalah ia perlu dilakukan dengan penuh hemah dan bijaksana,” katanya.

Beliau turut merujuk kepada tindakan kerajaan lalui yang ditunjangi Pakatan Harapan (PH) termasuk Dap yang telah menggagalkan usaha memaju pembangunan Johor.

“Projek-projek berimpak besar yang berpotensi untuk memacu dan mampu memberi limpahan ekonomi berganda kepada rakyat seperti High Speed Rail (HSR), Projek Pelebaran lebuh raya Utara-Selatan daripada Yong Peng ke Kulai yang telah dipersetujui oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum PRU ke-14 semuanya telah dibatalkan oleh kerajaan PH.

“Namun kini, insya-Allah suasana politik yang stabil akan membawa kepada kemajuan Negeri Johor,” katanya kepada UMNO Online – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.