Bekas Presiden MIC Samy Vellu Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Bekas Presiden MIC Tun S. Samy Vellu meninggal dunia di kediamannya di sini, kira-kira 7 pagi tadi. Mendiang berusia 86 tahun. Perkara itu disahkan bekas Presiden MIC Tan Sri Dr S. Subramaniam ketika dihubungi Bernama. “Saya menerima panggilan pagi tadi memaklumkan beliau (Samy Vellu) meninggal dunia ketika tidur,” katanya. Subramaniam berkata upacara pengebumian akan dimaklumkan […]

» Read more

‘Abah’ Berjanji Lagi… Cukup-cukuplah Ratib Untuk Rakyat Pagoh – Ismail

PAGOH, 14 Sept – Kenyataan Ahli Parlimen Pagoh merangkap Presiden PPBM dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyddin Yasin mengenai agenda utama parti itu adalah untuk membantu rakyat dilihat sebagai janji kosong yang sering diratibkan. Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed berkata, semasa Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan sehingga menyebabkan akhirnya ekonomi negara merundum. […]

» Read more

PH Hipokrit… Gugur 15 Kes Mahkamah Ketika Jadi Kerajaan

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Dakwaan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh bahawa kerajaan 22 bulan di bawah Pakatan Harapan (PH) berjaya memberi mesej serius mengenai rasuah dalam tempoh tersebut dianggap sebagai hipokrit. Pengamal Undang-Undang, Kamarudin Ahmad, 73, membidas kenyataan terbabit malah menegaskan bahawa semasa di bawah pemerintahan PH, Peguam Negara yang dilantik oleh mereka iaitu Tommy Thomas, begitu banyak kes […]

» Read more

UMNO/BN Realitikan Kestabilan, Kejayaan Pelaburan Johor Jadi Bukti Keutamaan Untuk Rakyat

JOHOR BAHRU, 14 Sept – Laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) memaklumkan Johor mencatat pelaburan tertinggi dalam negara, iaitu sebanyak RM60.9 bilion bagi separuh tahun pertama 2022. Dalam hal ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain menegaskan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) merealitikan Ikhtiar BN semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac lalu menjadi […]

» Read more

BN Sedia Tawan Semula Hati Rakyat Pulau Pinang – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Semangat yang ditunjukkan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang membuktikan gabungan politik itu telah bersedia menawan semula hati rakyat di negeri berkenaan. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semangat itu diperlihatkan semasa pertemuan dengan anggota BN Pulau Pinang malam semalam, bagi merapatkan lagi silaturrahim bersama pemimpin dan jentera parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum […]

» Read more

Bekas ADUN Sungai Rambai Bebas 34 Pertuduhan Rasuah

MELAKA, 13 Sept – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman dilepas dan dibebaskan daripada 34 pertuduhan penyelewengan bernilai RM318,400 lima tahun lalu. Peguambelanya, Datuk Hasnal Rezua Merican berkata, Hakim Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Datuk Mohd Nasir menetapkan demikian terhadap anak guamnya selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan 19 […]

» Read more

Rafizi Patut Kaji Kubur PKR Dulu, Bidas Noh

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar membidas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli agar mengkaji kubur parti sendiri dahulu sebelum membuat dakwaan tidak berasas mengenai parti lain. Katanya, ini kerana kegagalan parti itu semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sarawak dan Johor yang sebenarnya memperlihatkan PKR menuju kehancuran. “Saya dengar kenyataan Rafizi […]

» Read more

Malaysia Berada Di Kedudukan Terbaik Capai Sasaran Pelaburan Digital RM70 Bilion Menjelang 2025 – PM

GEORGE TOWN, 13 Sept – Malaysia berada di kedudukan terbaik bagi mencapai sasaran pelaburan digital sebanyak RM70 bilion menjelang 2025, selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Malaysia telah memainkan peranan penting sebagai hab pelaburan digital di ASEAN. “Dengan memiliki infrastruktur bertaraf dunia, ekosistem digital yang holistik dan bakat digital yang berpengetahuan […]

» Read more

Sebanyak 97,635 Permohonan Perantisiswa Fasa 1 Diluluskan

KOTA KINABALU, 13 Sept – Sebanyak 97,635 permohonan mendapatkan PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa 1 sudah diluluskan setakat ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 21,633 permohonan diterima di Sabah dan 3,748 telah diluluskan serta dalam proses untuk serahan peranti. “Permohonan untuk mendapatkan PerantiSiswa Keluarga Malaysia telah dibuka sejak April lepas dan […]

» Read more

Bukan UMNO Tapi PKR Yang Lebih Potensi Terkubur, Hilang Kepercayaan Rakyat – Azhari

KUALA LUMPUR, 13 Sept – UMNO Bahagian Shah Alam membidas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkenaan kenyataan membabitkan masa depan UMNO. Ketuanya, Datuk Azhari Shaari berkata, sedangkan pada ketika ini penolakan rakyat pada PKR adalah jelas berdasarkan prestasi parti itu yang tidak memberangsangkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor lalu. “Rafizi sebenarnya silap (memang dia banyak kali silap […]

» Read more
1 834 835 836 837 838 1,897