Bekas Presiden MIC Samy Vellu Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Bekas Presiden MIC Tun S. Samy Vellu meninggal dunia di kediamannya di sini, kira-kira 7 pagi tadi.

Mendiang berusia 86 tahun.

Perkara itu disahkan bekas Presiden MIC Tan Sri Dr S. Subramaniam ketika dihubungi Bernama.

“Saya menerima panggilan pagi tadi memaklumkan beliau (Samy Vellu) meninggal dunia ketika tidur,” katanya.

Subramaniam berkata upacara pengebumian akan dimaklumkan keluarga mendiang kelak.

Samy Vellu yang memimpin MIC dari 1981 hingga 2010 adalah antara pemimpin paling lama memegang jawatan dalam Kabinet, iaitu kira-kira tiga dekad bermula sebagai Menteri Kerja Raya pada 1979. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.