Rafizi Patut Kaji Kubur PKR Dulu, Bidas Noh

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar membidas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli agar mengkaji kubur parti sendiri dahulu sebelum membuat dakwaan tidak berasas mengenai parti lain.

Katanya, ini kerana kegagalan parti itu semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sarawak dan Johor yang sebenarnya memperlihatkan PKR menuju kehancuran.

“Saya dengar kenyataan Rafizi yang meramalkan kehancuran UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam tempoh lima hingga ke tujuh tahun dari sekarang.

“Ini jawapan saya kepada beliau, kaji dulu kehancuran PKR yang kalah keseluruhan kerusi bertanding di PRN Sarawak dan Melaka.

“Hanya satu kerusi di Johor jadi kaji kubur parti sendiri dulu sebelum nak kaji kubur parti orang lain,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Menerusi video yang dikongsi Noh, beliau juga pada masa sama mengingatkan Rafizi untuk tidak lagi memperdaya rakyat.

“Dulu pun dia pernah kata (UMNO akan terkubur), kasihan kat dialah. Cukup-cukuplah Rafizi menipu rakyat,” ujar beliau – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.