Bukan BN Yang Goyang, PH-Dap Bakal Digegarkan Gelombang Biru Johor – Md Israk

JOHOR BAHRU, 30 Jun – Barisan Nasional (BN) Johor menegaskan dakwaan kononnya parti itu semakin lemah dan hanya mampu memenangi kurang daripada 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hanyalah naratif politik yang tidak berasaskan realiti di lapangan. Ketua Penerangan BN Negeri Johor, Md Israk Abdullah, berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Strategik Dap itu lebih bersifat cubaan membentuk persepsi […]

» Read more

Kekuatan Sebenar Malaysia Terletak Pada Kualiti Modal Insan – Shahar

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah berpandangan bahawa kekuatan sebenar Malaysia terletak pada kualiti modal insan. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau berpendirian bahawa masa depan negara bergantung kepada siapa yang membinanya. “Masa depan Malaysia tidak ditentukan oleh apa yang dimiliki, tetapi oleh siapa yang membinanya. “Dalam ucapan saya di program Youth, Economy and […]

» Read more

Wanita UMNO Negeri Sembilan Sedia Gerak Jentera, Tekad Pastikan BN Kembali Jadi Kerajaan

JEMPOL, 30 Jun – Wanita UMNO Negeri Sembilan menyatakan kesiapsiagaan penuh untuk menggerakkan jentera parti bagi memastikan kemenangan semua kerusi yang ditandingi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Datuk Bibi Sharliza Mohd Khalid berkata, amanat yang disampaikan Presiden UMNO kepada kepimpinan empat peringkat parti pada Ahad memberi suntikan semangat kepada seluruh […]

» Read more

Wan Rosdy Pengerusikan Mesyuarat KUPSB, Kenal Pasti Peluang Ekonomi Baharu Negeri Pahang

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Koridor Utiliti Pahang Sdn Bhd (KUPSB) dan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah KUP Land untuk mengenal pasti peluang ekonomi baharu Negeri Pahang. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa mesyuarat tersebut turut meneliti hala tuju strategik dan prestasi semasa agar […]

» Read more

BN Mentadbir … Tiada Lagi Projek Sakit Di Parit Yaani

PARIT YAANI, 30 Jun – Kejayaan menyelesaikan projek-projek terbengkalai serta pelaksanaan pelbagai pembangunan infrastruktur dan pendidikan di Parit Yaani menjadi bukti keupayaan pentadbiran Barisan Nasional (BN) dalam memenuhi keperluan rakyat sepanjang tempoh empat tahun lalu. Calon BN DUN Parit Yaani, Datuk Najib Samuri berkata, antara pencapaian paling membanggakan ialah tiada lagi projek sakit di kawasan Parit Yaani hasil komitmen kerajaan […]

» Read more

Buli Bukan Gurauan, Tindakan Tegas Perlu Diambil – Pemuda UMNO Tenom

TENOM, 30 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tenom menggesa tindakan tegas diambil terhadap insiden buli yang tular membabitkan sebuah asrama sekolah rendah di daerah ini, sambil menegaskan bahawa kes sedemikian tidak boleh dipandang ringan atau disembunyikan daripada pengetahuan umum. Ketua Penerangannya, Mohd Aruan Siden berkata, kejadian buli bukan sahaja mencederakan fizikal mangsa, malah meninggalkan kesan emosi dan psikologi yang […]

» Read more

PH Sibuk Mengajar Johor, Tapi Lupa Peranan BN Yang Mulakan LRT3 Di Selangor

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) diingatkan supaya tidak melupakan sejarah sebenar pembinaan projek Laluan Rel Transit 3 (LRT3) yang dirancang dan dimulakan ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN), kata Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain. Beliau berkata, projek LRT3 telah dilancarkan pada 2016 ketika Kerajaan Persekutuan diterajui BN walaupun Selangor berada di […]

» Read more

BN Mesti Bina Kekuatan Sendiri Untuk Menang PRN Johor

LEDANG, 29 Jun – Barisan Nasional (BN) mesti membina kekuatan sendiri untuk menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tanpa bergantung ehsan pihak lain, ujar Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan. Ujarnya, setiap parti mesti membina kekuatan sendiri kerana hanya parti yang kuat mampu menarik sokongan rakyat. “Bina kekuatan kita sendiri kerana dalam hidup ini kita tak boleh terlampau bergantung […]

» Read more

Jentera BN Endau Dan Tenggaroh Berada Pada Tahap Terbaik – Onn Hafiz

ENDAU, 29 Jun – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan keyakinan terhadap kekuatan jentera Barisan Nasional (BN) di Parlimen Mersing, khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau dan Tenggaroh, yang disifatkan berada pada tahap terbaik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Menurutnya, gerak kerja tersusun dan komitmen tinggi jentera parti berjaya mewujudkan suasana kempen yang positif, sekali gus […]

» Read more

Ahmad Zahid Ajak Pengundi Kenali Calon BN Menerusi Portal PRN Johor

JOHOR BAHRU, 29 Jun – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak seluruh pengundi dan rakyat Johor untuk mendapatkan maklumat tepat dan sahih sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menerusi laman web prnjohor.com Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata platform digital berkenaan membolehkan orang ramai mengenali calon BN di setiap Dewan Undangan Negeri […]

» Read more
1 81 82 83 84 85 2,324