Semoga Usaha Perkasa Wakaf, Gerakan Koperasi Terus Berkembang

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Ahli Parlimen Kita Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled berharap agar usaha memperkasa wakaf dan gerakan koperasi terus berkembang serta memberi manfaat kepada masyarakat FELDA.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Menteri Pertahanan telah berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran 60 Tahun FELKOP pada Sabtu.

“Berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran 60 Tahun FELKOP di samping merasmikan Program Gema Waqaf Festival 2026 di Padang Awam, FELDA Aping Timur, Kota Tinggi yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Muszaide Makmor dan ADUN Johor Lama, Norlizah Noh.

“Terima kasih kepada FELKOP kerana memilih FELDA Aping Timur, Kota Tinggi sebagai lokasi penganjuran pelancaran sempena 60 Tahun,” katanya.

Ujarnya, program tersebut mampu mengeratkan hubungan sesama rakyat dan memperkasa semangat kemerdekaan.

“Selaku Ahli Parlimen, saya mengalu-alukan penganjuran program seumpama ini kerana ia bukan sahaja mengeratkan hubungan dalam kalangan penduduk, malah menjadi platform yang baik untuk memperkasakan semangat kemerdekaan.

“Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang festival serta cabutan bertuah sebagai penghargaan kepada masyarakat yang hadir dan memeriahkan program pada hari ini.

“Semoga usaha memperkasa wakaf dan gerakan koperasi ini terus berkembang serta memberikan manfaat yang lebih besar kepada masyarakat FELDA,” katanya lagi. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO