PRU15: Hasni Tolak Debat Dengan Maszlee, Berdialog Dengan Rakyat Lebih Bermanfaat

KLUANG, 6 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Simpang Renggam Datuk Seri Hasni Mohammad menolak pelawaan berdebat dengan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Maszlee Malik kerana bagi beliau, mengadakan sesi dialog bersama rakyat di kawasan itu adalah lebih bermanfaat. Pengerusi BN Johor itu berkata mengadakan sesi dialog bersama kepimpinan daerah, masyarakat setempat serta orang kampung adalah lebih […]

» Read more

PRU15: Yakin Undi 18 Berpihak Pada BN Lembah Pantai

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Pertambahan pengundi 18 di parlimen Lembah Pantai tidak menjadi isu besar buat calon parlimen Barisan Nasional (BN) di kawasan berkenaan, Datuk Ramlan Askolani. Ini kerana jelasnya, beliau yakin yang dirinya mampu menambat hati anak muda berikutan kedudukan dan program sebelum ini lebih banyak mendekati hati anak muda. “Saya adalah bekas pemain bola sepak kebangsaan dan […]

» Read more

BN Kerajaan Berpengalaman, Trek Rekod Terbaik Mampu Fokus Isu Rakyat

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Calon UMNO/Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Jasin, Datuk Roslan Ahmad berkata keperluan rakyat adalah isu utama yang perlu difokuskan pada ketika ini. Dalam menangani sebaiknya perkara tersebut, penubuhan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil perlu bagi memastikan ianya ditangani sebaiknya. “Kalau ikut survey yang dikeluarkan statistik rakyat bercakap berkenaan keperluan hidup jadi kerajaan perlu […]

» Read more

Ibu Calon BN Parlimen Larut Restu Anak Terjun Bidang Politik

LARUT, 6 Nov – Walaupun sudah mempunyai kerjaya hebat dan terjamin, ibu kepada calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Larut Shafiq Fhadly Mahmud merestui impian anaknya untuk menggapai cita-cita dalam dunia politik. Zairah Abdullah, 66, mengakui gembira apabila anaknya tersenarai sebagai calon DUN Kubu Gajah namun bertukar takut dan tidak mampu melelapkan mata selepas mengetahui anaknya bakal dicalonkan di Parlimen, menggantikan […]

» Read more

Pihak Lawan Dingat Jangan Campur Urusan UMNO, Presiden Dan Perdana Menteri Tiada Masalah

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar mengingatkan mana-maan pihak khususnya pembangkang agar tidak mencampuri urusan dalaman UMNO. Katanya, ini termasuklah berkaitan soal calon Perdana Menteri dan keputusan menamakan Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ‘poster boy PM’. “Parti telah membuat keputusan jelas menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon […]

» Read more

PRU: BN Lancar Manifesto Isnin, Garis 10 Teras, 99 Tawaran

BAGAN DATUK, 6 Nov – Kesejahteraan rakyat, pertumbuhan ekonomi yang stabil, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta pendidikan, adalah antara keutamaan manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan dilancarkan esok. Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN akan menggariskan 10 teras dan 99 tawaran yang akan dinikmati pelbagai golongan masyarakat terutamanya kumpulan B40 […]

» Read more

Pilih BN… Jom Anak Muda Buat Pilihan Tepat Demi Kestabilan – Hairi

KUALA LUMPUR. 6 Nov – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor, Mohd Hairi Mad Shah berharap anak-anak muda negeri itu yang akan membuang undi pada 19 Nov depan membuat pilihan yang tepat. Jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, pilihan itu amat penting demi kestabilan Johor serta negara khususnya. “Jom semua anak muda kita tunaikan tanggungjawab dan […]

» Read more

Undi BN, Kekal Kemakmuran Pengerang

PENGERANG, 6 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mengajak warga Parlimen Pengerang kekal mengundinya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi memastikan kawasan itu terus makmur menikmati limpahan pembangunan. Menurutnya, pelbagai percubaan demi percubaan dilakukan oleh pihak pembangkang diawal pembangunan Projek Kompleks Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (Rapid), Pengerang, namun dapat ditangani BN. “Masihkah […]

» Read more

Angin Perubahan PRU15 Dijangka Berlaku, Sokongan Kepada BN – Mahdzir

PADANG TERAP, 6 Nov – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menjangkakan angin perubahan akan berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terutama terhadap sokongan rakyat kepada BN. Menurut beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Padang Terap berkata, jentera parti perlu bersiap-sedia untuk mendekati rakyat bagi memastikan sokongan kepada BN terutama di kawasannya. “Kita ada […]

» Read more

BN Nafi Restui Calon PBRS Tanding Kerusi Parlimen Ranau

KOTA KINABALU, 6 Nov – Barisan Nasional (BN) Sabah menzahirkan rasa kesal dengan tindakan parti komponennya, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang membelakangkan keputusan pucuk pimpinan BN dengan membenarkan Datuk Ewon Ebin bertanding di kerusi Parlimen Ranau atas tiket PBRS. Setiausaha BN Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata tindakan itu jelas tidak menghormati keputusan pengerusi BN. “Kita sama sekali menafikan penggunaan […]

» Read more
1 795 796 797 798 799 1,905