Pelbagai Medium Warnai Kempen PRU15 Di Rembau

REMBAU, 6 Nov – Tempoh berkempen yang bermula sejurus selesai penamaan calon semalam membolehkan calon-calon yang bertanding mewakili parti politik mula bergerak dalam usaha meyakinkan masyarakat setempat untuk membuat pilihan tepat pada hari pembuangan undi nanti. Begitu juga di Parlimen Rembau apabila calon Barisan Nasional (BN) yang disahkan pencalonannya semalam, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama jenteranya bergerak bertemu pengundi melalui […]

» Read more

PRU15: Yakin Undi 18 Berpihak Pada BN Lembah Pantai

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Pertambahan pengundi 18 di parlimen Lembah Pantai tidak menjadi isu besar buat calon parlimen Barisan Nasional (BN) di kawasan berkenaan, Datuk Ramlan Askolani. Ini kerana jelasnya, beliau yakin yang dirinya mampu menambat hati anak muda berikutan kedudukan dan program sebelum ini lebih banyak mendekati hati anak muda. “Saya adalah bekas pemain bola sepak kebangsaan dan […]

» Read more

Ibu Calon BN Parlimen Larut Restu Anak Terjun Bidang Politik

LARUT, 6 Nov – Walaupun sudah mempunyai kerjaya hebat dan terjamin, ibu kepada calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Larut Shafiq Fhadly Mahmud merestui impian anaknya untuk menggapai cita-cita dalam dunia politik. Zairah Abdullah, 66, mengakui gembira apabila anaknya tersenarai sebagai calon DUN Kubu Gajah namun bertukar takut dan tidak mampu melelapkan mata selepas mengetahui anaknya bakal dicalonkan di Parlimen, menggantikan […]

» Read more

PRU: BN Lancar Manifesto Isnin, Garis 10 Teras, 99 Tawaran

BAGAN DATUK, 6 Nov – Kesejahteraan rakyat, pertumbuhan ekonomi yang stabil, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta pendidikan, adalah antara keutamaan manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan dilancarkan esok. Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN akan menggariskan 10 teras dan 99 tawaran yang akan dinikmati pelbagai golongan masyarakat terutamanya kumpulan B40 […]

» Read more

Pilih BN… Jom Anak Muda Buat Pilihan Tepat Demi Kestabilan – Hairi

KUALA LUMPUR. 6 Nov – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor, Mohd Hairi Mad Shah berharap anak-anak muda negeri itu yang akan membuang undi pada 19 Nov depan membuat pilihan yang tepat. Jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, pilihan itu amat penting demi kestabilan Johor serta negara khususnya. “Jom semua anak muda kita tunaikan tanggungjawab dan […]

» Read more

Undi BN, Kekal Kemakmuran Pengerang

PENGERANG, 6 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mengajak warga Parlimen Pengerang kekal mengundinya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi memastikan kawasan itu terus makmur menikmati limpahan pembangunan. Menurutnya, pelbagai percubaan demi percubaan dilakukan oleh pihak pembangkang diawal pembangunan Projek Kompleks Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (Rapid), Pengerang, namun dapat ditangani BN. “Masihkah […]

» Read more

Saya Masih Poster Boy, Calon PM BN – Ismail Sabri

BERA, 5 Nov – “Saya masih lagi poster boy dan calon Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) selepas PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15),” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri berkata pemilihan beliau sebagai calon jawatan utama pentadbiran kerajaan itu telah diputuskan secara jelas pada Persidangan Agung UMNO 2021 serta keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada April lepas. “Setakat […]

» Read more

PRU15 Untuk Bentuk Kerajaan Stabil, Pilih BN Yang Mampu Urus Negara – Tok Mat

    REMBAU, 5 Nov – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 bertujuan untuk pembentukan sebuah kerajaan yang stabil dan mampu menguruskan negara. Sehubungan itu beliau yang juga calon BN Parlimen Rembau berharap rakyat dapat membuat pilihan yang bijak dan terbaik dengan memilih BN yang mempunyai ‘track record’ mengurus tadbir negara […]

» Read more

Enam Penjuru Di Putrajaya, Tengku Adnan Pesan Pilih Terbaik Untuk Kestabilan Dan Kemakmuran

PUTRAJAYA, 5 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ditentang lima calon lain dalam usaha untuk mempertahankan kerusi terbabit menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kali ini. Katanya sebagai negara demokrasi sesiapa sahaja bebas untuk menawarkan diri bertanding dalam PRU ini. “Mula-mula satu lawan satu, kemudian tiga lawan satu tapi kali […]

» Read more

UMNO Tidak Bertolak Ansur Tanding Parti Lawan, Keahlian Tergugur Automatik

KUALA LUMPUR, 5 Nov – UMNO telah meneliti senarai calon-calon yang telah mengemukakan pencalonan dan diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menyertai Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata berdasarkan laporan yang diterima, terdapat ahli-ahli UMNO yang menjadi calon, pencadang dan penyokong kepada parti lawan. “Sehubungan itu, keahlian mereka di dalam UMNO dengan […]

» Read more
1 2