BN Kerajaan Berpengalaman, Trek Rekod Terbaik Mampu Fokus Isu Rakyat


KUALA LUMPUR, 6 Nov – Calon UMNO/Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Jasin, Datuk Roslan Ahmad berkata keperluan rakyat adalah isu utama yang perlu difokuskan pada ketika ini.

Dalam menangani sebaiknya perkara tersebut, penubuhan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil perlu bagi memastikan ianya ditangani sebaiknya.

“Kalau ikut survey yang dikeluarkan statistik rakyat bercakap berkenaan keperluan hidup jadi kerajaan perlu cari jalan untuk memastikan mereka boleh hidup dalam apa jua keadaan walaupun ekonomi dunia tidak stabil tapi rakyat di negara ini boleh bertahan.

“Jadi saya percaya hanya kerajaan yang berpengalaman, trek rekod terbaik yang mampu kembalikan balik keadaan terbaik negara.

“Malah pada Belanjawan 2023 lalu banyak pakej ransangan ekonomi untuk rakyat tapi kita harap dapat bentuk kerajaan supaya dapat luluskannya untuk membolehkan apa yang dijanjikan kerajaan mampu direalisasikan oleh rakyat,” katanya.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata berdasarkan pengalaman merasai pelbagai parti mentadbir kerajaan, rakyat semestinya sudah bijak dalam menilai kepimpinan kompetan bagi melaksanakan tadbir urus negara.

“Saya percaya rakyat lebih bijak, siapa sebenarnya yang benar-benar mampu untuk menguruskan negara dan saya percaya dengan kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

“Selama 22 bulan saya percaya ini adalah perancangan Allah untuk dilihatkan kepada rakyat bahawa mereka yang ingin melihat satu perubahan dan ianya telah ditunaikan untuk menunjukkan sama ada mereka ini mampu atau tidak mengurus negara.

“Malangnya apa yang mereka harapkan sebenarnya jauh panggang dari api dan akhirnya rakyat pada hari ini mahu melihat sebuah kerajaan yang kukuh, stabil demi kemakmuran,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.