Pihak Lawan Dingat Jangan Campur Urusan UMNO, Presiden Dan Perdana Menteri Tiada Masalah

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar mengingatkan mana-maan pihak khususnya pembangkang agar tidak mencampuri urusan dalaman UMNO.

Katanya, ini termasuklah berkaitan soal calon Perdana Menteri dan keputusan menamakan Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ‘poster boy PM’.

“Parti telah membuat keputusan jelas menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri dan disambut baik hamper tiga perempat Bahagian UMNO seluruh negara,” katanya.

Bidas beliau, tindakan pembangkang menamakan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri dari UMNO adalah sebagai cubaan untuk mengelirukan pengundi dan dalam masa yang sama cuba menggambarkan ada masalah antara Presiden dan Perdana Menteri.

“Satu undi untuk BN akan mengangkat parti ini sebagai kerajaan bagi membolehkan Belanjawan 2023 yang dibentangkan Oktober lalu untuk dilaksanakan,” katanya lagi.

Dilaporkan calon jawatan Perdana Menteri itu telah diputuskan secara jelas pada Persidangan Agung UMNO 2021 serta keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada April lepas namun kerap kali dimanipulasi pihak lawan termasuklah dalam mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.