Ahmad Maslan Harap DUN Tioman Jadi Sebahagian Kerajaan Negeri

ROMPIN, 5 Dis – Sokongan pengundi pada calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain tidak pernah pudar sejak beliau mula bergelar wakil rakyat. Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ini kerana BN sejak sekian lama telah banyak menabur bakti kepada rakyat di semua peringkat. Tegasnya, pilihannya cukup mudah sama […]

» Read more

Wajib Akur Keputusan Parti, Tidak Pernah Tinggalkan Perjuangan UMNO – Armand Azha

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Senator Datuk Dr Armand Azha Abu Hanifah berpendapat bahawa wajib untuk akur kepada keputusan rasmi parti dan tidak akan pernah meninggalkan perjuangan UMNO. Jelasnya melalui hantaran di laman Facebooknya, pemimpin seharusnya berani untuk memberikan pandangan atau cadangan sekiranya parti belum membuat apa-apa keputusan. “Pendirian saya konsisten dan tidak pernah […]

» Read more

Tidak Perlu Mainkan Sentimen Perkauman, Pelbagai Dakwaan Tidak Tepat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Pelbagai dakwaan yang tidak tepat timbul hari ini termasuklah pertuduhan kononnya kerajaan baharu akan melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan agar bandar-bandar dikuasai oleh kaum tertentu sahaja. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi Facebook beliau berkata sekiranya pilihan raya kerajaan tempatan ini hendak dilaksanakan, Parlimen hendaklah terlebih dahulu meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 […]

» Read more

Laksanakan Tugas Sebaiknya Untuk rakyat Dan Negara, Terus Pegang Prinsip Parti – Norshida

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berharap Kabinet baharu yang dibentuk dapat melaksanakan tugas dengan sebaiknya terutama menteri daripada Barisan Nasional (BN) agar terus menjadi pembawa suara dan ideologi parti yang mendukung perlembagaan negara demi menjaga hak rakyat. Menerusi catatan di Facebook, beliau seterusnya berkata rakyat sentiasa memerhati dan sentiasa membuat pertimbangan sebaiknya maka […]

» Read more

Persoalan Berkaitan Muhyiddin Dan RM600 Bilion

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Kenyataan Bekas Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad mengenai perbelanjaan RM600 bilion semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat dilihat samar-samar serta memilih-milih fakta yang diceritakan. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, Marzuki sendiri tidak tahu dari mana datangnya angka RM600 bilion tersebut sedangkan ianya diumumkan sendiri […]

» Read more

Lontarkan Cadangan Untuk Tambah Baik Sistem Penyampaian, Urus Tadbir Kerajaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri menyeru kepada rakyat khususnya pelayar maya agar dapat melontarkan cadangan yang bernas di platform media sosialnya. Dalam satu hantaran di Facebook, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata pandangan yang diberikan akan diteliti untuk menambah baik sistem penyampaian dan urus tadbir kerajaan yang […]

» Read more

Akta Anti Lompat Parti: Tiada Lagi Istilah ‘Kerajaan Tebuk Atap’ Atau ‘Pintu Belakang’

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Rakyat mengharapkan satu kerajaan yang stabil wujud selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup dan tiada lagi istilah ‘kerajaan tebuk atap’ selepas Akta Anti Lompat Parti dikuatkuasakan. Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku berkata, Perikatan Nasional (PN) sedang menjalankan satu usaha untuk meruntuhkan […]

» Read more

UMNO Bersolidariti… Beri Sokongan Pimpinan Kemudi Parti – Norliza

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Barisan kepimpinan dan ahli UMNO di setiap peringkat perlu bersolidariti serta memberikan sokongan kepada pemimpin parti untuk memastikan ‘bahtera’ dikemudi dengan sebaiknya. Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, UMNO/Barisan Nasional (BN) menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu dan segala kelemahan perlu diperbaiki bagi menjamin […]

» Read more

Ahmad Zahid Mula Tugas Secara Rasmi Di Perdana Putra

PUTRAJAYA, 5 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memulakan tugas secara rasmi di Perdana Putra di sini pada Isnin. Ahmad Zahid yang mengenakan sut serba hitam, disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali sebaik tiba di perkarangan Kompleks Perdana Putra pada pukul 8 pagi. Beliau kemudiannya mengimbas kad perakam waktu di pejabatnya di […]

» Read more

Tambang Feri Penduduk Pulau Tioman RM20 Sehala Mulai Januari

ROMPIN, 4 Dis – Kerajaan Pahang bersetuju mengurangkan kadar tambang feri antara Pulau Tioman dan tanah besar untuk penduduk pulau berkenaan kepada RM20 sehala berbanding kadar semasa RM50, mulai Januari tahun depan. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pengurangan 60 peratus itu bakal ditanggung kerajaan negeri membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM500,000 dan akan memberi manfaat kepada kira-kira […]

» Read more
1 772 773 774 775 776 1,911