Menyayat Hati… Rahman Zahirkan Simpati Terhadap Keluarga Mangsa Terlibat

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkongsi perasaan dengan mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, dan berharap operasi mencari dan menyelamat berjalan lancar. Baginya kejadian itu menyayat hati serta berharap operasi menyelamat yang diteruskan lagi pada hari ini berjalan dengan sebaiknya dan dipermudahkan segala urusan. Menerusi perkongsian di […]

» Read more

Ahmad Zahid Saran Tapak Perkhemahan Berhampiran Cerun, Tepi Sungai Dikosongkan Buat Masa Ini

    BATANG KALI, 17 Dis – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan agar semua tapak perkhemahan berhampiran cerun bukit atau tepi sungai dikosongkan sementara susulan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini. Beliau berkata walaupun kawasan itu selamat buat masa ini, ramalan Jabatan Meteorologi menyatakan episod hujan lebat akan bermula esok terutama di Pantai Timur. […]

» Read more

Tanah Runtuh : Angka Korban Meningkat 21 Orang

BATANG KALI, 16 Dis – Seramai 21 mangsa tragedi runtuhan tanah di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm di sini disahkan meninggal dunia setakat jam 7.10 malam ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.  Beliau berkata 12 lagi mangsa masih belum ditemukan dan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan sehingga kini oleh agensi penyelamat. Katanya, Polis Diraja […]

» Read more

Permuafakatan Antara Gabungan: Empat Prinsip Perlembagaan Dijunjung Bersama – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 16 Dis – Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menterjemahkan Permuafakatan Antara Gabungan sebagai suatu proses artikulasi terhadap hak-hak yang termaktub di dalam perlembagaan menjadi persetujuan bersama. Jelasnya, pada peringkat awal gabungan tersebut wujud, terdapat kekhuatiran mengenai hal-hal kedudukan Melayu Islam serta Raja-Raja Melayu yang didaulatkan.   “Bagi BN, permuafakatan yang diterjemahkan dalam […]

» Read more

Lima Gabungan Bentuk Kerajaan Perpaduan Meterai Perjanjian, Jamin Politik Negara Stabil

PUTRAJAYA, 16 Dis – Lima gabungan politik utama – Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) – yang membentuk Kerajaan Perpaduan hari ini menandatangani perjanjian persefahaman kerjasama di sini bagi menjamin kestabilan politik serta memacu ekonomi negara. Perjanjian itu dimeterai Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution, Setiausaha […]

» Read more

Kepimpinan Tertinggi IPT Perlu Jaga Keharmonian Institusi – Khaled Nordin

KOTA TINGGI, 16 Dis – Semua kepimpinan tertinggi institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta perlu menjaga keharmonian institusi itu bagi memastikan matlamat melahirkan graduan berdaya saing dan berani berdepan cabaran mampu dicapai. Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu perlu diberi perhatian kerana kepimpinan tertinggi merupakan peneraju utama sesebuah IPT sekali gus dapat memastikan institusi […]

» Read more

Bajet, RUU Anti Lompat Parti Antara Jadi Tumpuan Sidang DUN Perak

IPOH, 16 Dis – Pembentangan Bajet Negeri Perak 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Anti Lompat Parti antara usul yang dijangka mencuri tumpuan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang bermula Isnin ini. Speaker DUN Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata bajet negeri akan dibentangkan Khamis minggu depan, manakala RUU tersebut akan dibentang pada minggu berikutnya oleh Menteri […]

» Read more

Johor Catat Pelaburan Tertinggi RM63.9 Bilion, Kekal Destinasi Pelaburan Utama Negara

JOHOR BAHRU, 16 Dis – Johor mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan utama negara apabila mencatatkan pelaburan paling tinggi untuk tempoh Januari sehingga September tahun ini iaitu sebanyak RM63.9 bilion. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Lee Ting Han berkata berdasarkan statistik Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 14 Disember lepas, pelaburan yang dicatatkan itu hampir 33 peratus […]

» Read more

Mohd Puad Persoal Mana Pergi Duit MPN Zaman Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan ke manakah perginya peruntukan beratus juta Ringgit untuk Majlis Pemulihan Negara (MPN). Jelasnya, difahamkan bahawa Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menerima peruntukan khas tersebut daripada Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Difahamkan semasa menjadi Pengerusi MPN, Muhyiddin […]

» Read more

Bukan Keutamaan Iktiraf UEC: KPM Terbaik, Fokus Perkasa Agenda Pendidikan Negara

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memuji tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berkata mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) bukan sebagai keutamaan. “Terbaiklah! Fokus memperkasakan agenda pendidikan negara yang lebih besar bersifat holistik dan inklusif YB (Yang Berhormat),” kata Dr Asyraf dalam satu hantaran di Facebook. Semalam, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek […]

» Read more
1 766 767 768 769 770 1,911