Bukan Keutamaan Iktiraf UEC: KPM Terbaik, Fokus Perkasa Agenda Pendidikan Negara

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memuji tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berkata mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) bukan sebagai keutamaan.

“Terbaiklah! Fokus memperkasakan agenda pendidikan negara yang lebih besar bersifat holistik dan inklusif YB (Yang Berhormat),” kata Dr Asyraf dalam satu hantaran di Facebook.

Semalam, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek telah mengumumkan bahawa usaha untuk mengiktiraf UEC Sekolah Menengah Persendirian Cina bukan menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dalam satu komen di media sosialnya itu, Dr Asyraf turut membidas segelintir pihak yang masih bersikap menentang walaupun kerajaan melaksanakan sesuatu yang baik.

“Kalau perkara baik macam ni pun masih juga nak menentang, apa lagi yang boleh diharapkan daripada pencacai2 yang kononnya nak jadi pembangkang yang konstruktif?”

Selain itu, dalam satu komennya, Dr Asyraf juga membangkitkan bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak boleh melaksanakan manifesto mereka kerana kerajaan sekarang bukan kerajaan PH, sebaliknya Kerajaan Perpaduan Malaysia gabungan beberapa parti termasuk Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Warisan dan beberapa yang lain. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.